web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Khalim Perlu Dikenakan Tindakan Tegas Kerana Keluar Kenyataan ‘Mengarut’

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2022 3:32PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) berhubung aktiviti pembalakan yang berkait dengan habitat harimau jelas dilihat sebagai tidak bertanggungjawab.

Presiden Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam (PEKA), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, Pengarah Perhutanan Kelantan, Abdul Khalim Abu Samah wajar dikenakan tindakan tegas atas kenyataan tidak berasas itu.

Beliau turut menggesa supaya Abdul Khalim berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjadi bahan jenaka masyarakat.

“Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) adalah pihak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berkaitan, jadi agensi ini perlu memberi amaran serta mengenakan tindakan tegas kepada Abdul Khalim.

“Kenyataan Abdul Khalim bahawa pembalakan bagus untuk populasi dan habitat harimau. Namun aktiviti itu bukan sahaja menjejaskan haiwan terbabit, malah hidupan liar lain serta masyarakat Orang Asli,” katanya kepada Getaran.

Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil. - Gambar Bernama
Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil. - Gambar Bernama

Shariffa Sabrina yang juga aktivis alam sekitar berkata, kenyataan Abdul Khalim itu juga tidak boleh dipercayai kerana setakat ini tiada data jelas mengenai jumlah hutan diperuntukkan kerajaan untuk pembalakan.

“Untuk makluman, pada Mac 2016, Majlis Pensijilan Kayu Malaysia menarik pensijilan Kelantan untuk pembalakan lestari selepas aktiviti terbabit di negeri berkenaan sudah melebihi kuota ditetapkan,” katanya.

Semalam, Abdul Khalim menerusi satu kenyataan mendakwa aktiviti pembalakan di Kelantan tidak menjejaskan populasi harimau.

Jelasnya, berpandukan kepada kajian dijalankan seorang pakar dari Sarawak, aktiviti itu baik untuk pertambahan populasi hidupan liar.

Menurut beliau, apabila ada pembalakan, banyak tumbuhan baharu tumbuh yang menarik haiwan seperti kancil untuk datang ke kawasan tersebut.

Abdul Khalim mengeluarkan kenyataan itu bagi mengulas dakwaan berhubung kehadiran beberapa ekor harimau di perkampungan Orang Asli yang dikatakan berpunca daripada pembalakan secara berleluasa. - Getaran, 25 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 tahun yang lalu

Selamatkan Harimau, Atau Hilang Segalanya

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tapak Kaki Pak Belang Ditemui, Penduduk Diancam Ketakutan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Akhirnya Pak Belang Pasik Masuk Perangkap

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 5 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 8 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad