web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dikecam Angkara 'Billboard' Haram, Pengasas Produk Akhirnya Bersuara

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2022 9:11PM

Pengasas produk Alluskin memaklumkan bahawa papan iklan yang dipasang di tepi Lebuh Raya PLUS itu telah disewa selama setahun dan ia adalah sah serta berlesan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Baru-baru ini, sebanyak 100 papan iklan (billboard) di tepi Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) telah ditampal notis tanpa lesen dan permit oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

Tindakan menerusi Op Menampal Notis Iklan Tidak Berlesen itu dilakukan terhadap iklan yang berada di tepi lebuh raya berkenaan bermula dari susur masuk Plaza Tol Ainsdale arah utara.

Kebanyakan iklan haram tersebut tidak mengikut spesifikasi ditetapkan dan boleh mengundang bahaya kepada pengguna lebuh raya.

Lebih mengejutkan, struktur binaan papan iklan juga tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT), malah pengiklan didakwa gagal menjelaskan cukai taksiran selain tidak memiliki permit.

Isu itu mendapat perhatian netizen, dengan rata-rata mengecam founder atau pengasas produk yang menyewa ruang papan iklan tersebut.

“Sembang tak hensem tak pe janji kaya memasing tapi iklan tak apply lesen,” kata Zuhaimi Hashim.

Company besar, jual seminat nak berjaya bagai, claim founder berjaya tapi sendiri business tampal billboard sebesar highway ni tak de lesen. Memalukan peniaga je,” kata Zila Safein.

“Aik, kaya-kaya pun tak mampu apply lesen?,” soal pula Sham Isfar.

Susulan isu yang tular itu, pengasas produk kecantikan Alluskin, Dr Nurul A’in Sa’ari atau lebih mesra disapa Dr Aen terpanggil untuk merungkai kekeliruan yang timbul.

Beliau ialah antara penyewa papan iklan yang ditampal notis tanpa lesen dan permit oleh MBS pada Khamis lalu.

Menurut bekas doktor perubatan itu, papan iklan berkenaan yang disewanya selama setahun adalah sah dan berlesan.

“Pada Ogos 2020, pihak Alluskin dihubungi NKMH Media untuk pemasangan billboard. Kami ambil satu billboard selama setahun untuk melihat keberkesanannya pada ketika itu. Semua berjalan lancar. Design diluluskan DBP, lesen MBS juga lulus.

“Diuruskan NKMH yang merupakan ejen rasmi Mahamas Advertising (pemilik billboard). Alluskin adalah sebagai pengiklan. Maknanya selama Oktober 2020 hingga Oktober 2021, kami di billboard secara sah berlesen,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter.

Namun beliau berkata, sebulan sebelum tempoh sewa berakhir, dia dihubungi pemilik papan iklan terbabit dan ditanya sama ada mahu memperbaharui kontrak tersebut.

“Kami ditanya adakah kami mahu renew? Tidak, sebab memang kami nak fokus pada pengiklanan digital. Bukannya billboard lagi. Kami minta ia diturunkan,” katanya.

Walaupun sudah meminta Mahamas yang juga pemilik papan iklan itu menurunkan iklan tersebut, Dr Aen berkata, mereka gagal melakukan seperti diminta.

“Siapa bertanggungjawab untuk turunkan? Mahamas kerana mereka adalah pemilik billboard dan semuanya perlu diturunkan sebaik sahaja kontrak tamat pada Oktober 2021. Banyak brands tak renew semula atas sebab hampir serupa seperti kami.

“Sehingga tahap pokok pun dah halang billboard, masih tak diturunkan. Saban hari kami menanti bila agaknya ia akan diturunkan walaupun sudah dipesan. Sehinggalah, pihak MBS yang hanya menjalankan tugas mereka menampal notis terhadap 100 billboard di sekitar PLUS Seremban-KL,” katanya.

Beliau bagaimanapun menarik nafas lega apabila papan iklan tersebut diturunkan pagi semalam.

“Akhirnya saya meminta CAO untuk memberi mereka masa 72 jam untuk menurunkan billboard tersebut. Tarikh diberitahu, 21/1, tarikh turun hari ini 23/1, pagi.

“Jika anda lalu kawasan PLUS, anda akan nampak billboard mula kosong kerana telah diturunkan apabila kesemua brands yang terlibat memaksa ia diturunkan dengan segera.

Justeru, beliau mengingatkan syarikat pengiklanan supaya memperbaiki mutu perkhidmatan mereka pada masa akan datang untuk mengelak insiden sama berulang.

“Dalam kontrak sendiri sudah disebut jika advertiser mahu iklan diturunkan ia perlu diturunkan tanpa kos tambahan sebab kos sudah dibayar. Sila perbaiki servis pada masa akan datang.

“Ini adalah pengajaran terhebat buat semua. Ia juga jadi batu loncatan pelbagai pihak untuk viralkan isu ini dan hanya petik beberapa brands. Walaupun Alluskin tidak diviralkan, sangat penting untuk Alluskin bersuara supaya anda tahu, brands tidak salah,” katanya. - Getaran, 24 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Berpaut Pada Lori Dicari Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Lelaki Tular Buat Aksi 'Superman' Ditahan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Teguran Dianggap Tak Kena Tempat, Aisyah Undang Kemarahan Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Demi Allah SWT Tidak Guna Bahan Terlarang, Tapi Akui Tiada Sijil Halal

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 9 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad