web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Teguran Dianggap Tak Kena Tempat, Aisyah Undang Kemarahan Netizen

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2023 9:25PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penuntut Malaysia, Aisyah Shofi yang satu ketika dulu pernah menjadi fenomena kerana kefasihan bertutur dalam bahasa Inggeris ala British, kembali menjadi sebutan.

Ini semua gara-gara ‘kelantangannya’ menegur tindakan Persatuan Penuntut Malaysia dari sebuah university di United Kingdom yang menganjurkan parti pasca sebuah acara sukan.

Jelas Aisyah, ini adalah kali pertama persatuan terbabit menganjurkan parti, yang diadakan di sebuah kelab hiburan.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Aisyah yang juga anak kepada Ketua Dewan Muslimah PAS Melaka, Hawa Yaakob ‘menegur’ perbuatan itu kerana didakwa bertentangan dengan nilai dan budaya diamalkan rakyat Malaysia.

Now word has been going around that the Malaysian Society of one the uni’s here in the UK have decided to for the first time host an after party for the M Games. (Maklumat menyatakan bahawa Persatuan Penuntut Malaysia di salah sebuah universiti di UK ini buat pertama kalinya akan menganjurkan parti pasca Sukan Malaysia).

The after party is to be held in the night club and all the participants of the M Games are invited. Let’s remember that this after party is organized by the Malaysian Society. Within Malaysian Society is not just non-Muslims. There are plenty of muslims in the society.  (Parti ini akan diadakan di sebuah kelab malam dan semua peserta Sukan Malaysia dijemput hadir. Perlu diingat bahawa parti ini dianjurkan Persatuan Penuntut Malaysia. Dalam persatuan ini bukan hanya ada penuntut bukan Islam, tetapi turut disertai individu beragama Islam),” katanya.

@thisisaisyahtrying♬ original sound - aisyah?

Jelas Aisyah, aktiviti diadakan ketika parti tersebut tidak selari dengan ajaran Islam, justeru menjemput semua penuntut Muslim dianggap seolah-olah menghina agama secara tidak langsung.

Furthermore, clubbing, drinking, partying has never been Malaysian culture (lagipun berhibur di kelab malam, mabuk dan berparti tidak pernah menjadi sebahagian daripada budaya Malaysia),” katanya.

Teguran Aisyah itu biarpun pada dasarnya mengandungi nilai murni, ia pantas mencetuskan reaksi pelbagai dalam kalangan netizen, menyebabkan namanya trending di TikTok dan X.

Barangkali ‘tidak kuat’ membaca kecaman dihamburkan, penuntut Universiti Cardiff itu memilih menutup ruangan komen di TikTok.

Di X, Aisyah dianggap mencetuskan ketegangan agama dalam kalangan rakyat Malaysia di UK.

Menerusi ciapan, @elfucir berkata, Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum dan arak seperti tuak adalah sebahagian daripada budaya penduduk di Sabah serta Sarawak.

“(Kerajaan) Malaysia menghantar awak ke sini dan menaja pengajian anda, dengan dana yang diterima daripada individu berbilang kepercayaan, bukan semata-mata daripada rakyat beragama Islam,” katanya, berang.

Sementara itu, isu sama turut menerima perhatian aktor Redza Minhat yang kini berada di UK bagi melanjutkan pengajian.

Redza melalui ciapan berkata, keterbiasaan untuk sentiasa dihormati boleh membuatkan seseorang itu cepat melatah jika perlu hidup sebagai golongan minoriti.

“Kalau kau dah biasa ‘dihormati’ sebab kau majoriti, bila kau ke tempat yang kau bukan majoriti, apa apa orang buat pun kau terasa ada ‘disrespectful undertone’.

“Then kau buat mental gymnastics by relating it to a bigger idea such as culture and race. Itu masalahnya Mat. Faham,” katanya. – Getaran, 24 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Berpaut Pada Lori Dicari Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Lelaki Tular Buat Aksi 'Superman' Ditahan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Demi Allah SWT Tidak Guna Bahan Terlarang, Tapi Akui Tiada Sijil Halal

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Rakyat Malaysia Memang Suka 'Content' Yang Bangang – Ifa Raziah Komen Pasal Isu Tarian Gelek Dengan Aliff Syukri 

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Anak Ditampar Senator, Bapa Sedia Bawa Kes Ke Mahkamah

oleh Sophia Ahmad