web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


1.6 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Sempena Tahun Baharu Cina

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2022 12:29PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan sebanyak 1.6 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang disambut minggu depan.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif berkata, berdasarkan kajian, pihaknya menjangkakan jumlah kenderaan di lebuh raya akan mula meningkat pada 28 dan 29 Januari ini.

Peningkatan juga jelasnya, dijangka berlaku pada 2 dan 5 Februari akan datang.

Menurutnya, perayaan Tahun Baharu Cina amat dinantikan orang ramai yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman untuk meraikannya bersama keluarga atau mengambil peluang melancong di dalam negara.

“Oleh itu, Lebuhraya PLUS dijangka akan menerima lonjakan jumlah kenderaan berbanding hari-hari biasa. Dijangkakan 1.6 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada hari-hari puncak ini.

“Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 17.4 peratus berbanding 1.4 juta kenderaan pada hari-hari biasa,” katanya pada Majlis Pelancaran Op Selamat Siri 17/22 sempena sambutan Tahun Baharu Cina, hari ini.

Beliau berkata, musim perayaan adalah waktu yang mencabar untuk PLUS kerana perlu mengendalikan jutaan pelanggan di lebuh raya dan ia bukanlah satu perkara yang mudah.

“Justeru, kami akan menempatkan kira-kira 5,000 kakitangan dan rakan strategik agensi penguat kuasa dari keseluruhan eko-sistem lebuh raya untuk bersama-sama pelanggan sepanjang perjalanan mereka pada musim perayaan akan datang,” katanya.

Menurut beliau lagi, kadar kemalangan di lebuh raya adalah selari dengan jumlah aliran trafik.

“Antara faktor yang menyumbang kepada kemalangan ini termasuklah akibat mengekori terlalu rapat, memandu dalam keadaan mengantuk, hilang kawalan serta melebihi had laju ditetapkan,” katanya.

Mohamad Nasir berkata, pihaknya akan terus membuat hebahan trafik terkini di lebuh raya PLUS menerusi laman sosial Twitter @PLUSTrafik dan memaksimakan makluman menggunakan papan tanda elektronik di lebuh raya.

“Kami juga menggalakkan penggunan Aplikasi PLUS serta aplikasi lain seperti Waze dan juga Google Map.

“Kini, pengguna juga boleh berkomunikasi sepanjang 24 jam dengan PLUS PUTRI Chatbot untuk mengetahui setiap info terkini berkenaan produk dan promosi oleh pihak PLUS selain maklumat kadar bayaran tol,” katanya. - Getaran, 24 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Tahun Baharu Cina: Sambutan Merentasi Etnik, Harapan Mengatasi Ketakutan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemandu Pacuan 4 Roda Maut, 2 Parah Kemalangan Babitkan 7 Kenderaan

4

Budaya 2 tahun yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 15 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 12 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad