web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekas Penjawat Awam Hadapi 4 Tuduhan Menipu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 4:36PM

G Ananda Raj didakwa di mahkamah atas 4 tuduhan menipu 2 mangsa pada 2020 dan 2021.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang bekas penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan, di sini, hari ini atas empat tuduhan menipu dua mangsa pada tahun 2020 dan tahun lalu.

Tertuduh, G Ananda Raj, 36 tahun didakwa melakukan penipuan membabitkan urusan mendapatkan dokumen kerakyatan dan jual beli peralatan elektrik.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Ananda Raj didakwa menipu wanita warga negara Indonesia dikenali sebagai Nuryati dengan mempengaruhi mangsa, kononnya dia boleh membantu dalam urusan mendapatkan dokumen kewarganegaraan bagi anak wanita berkenaan hingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM2,000.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Semambu 66, dekat sini, pada jam 12 tengah hari 26 September 2020.

Tertuduh yang kini bekerja sebagai pengurus kafe di Perak turut didakwa menipu Muhammad Yusri Murad, 28 tahun, pada jam 12.24 tengah hari, 4 Mei tahun lalu dengan meminta mangsa memasukkan wang RM1,000 ke dalam akaun miliknya bagi pembayaran pembelian Iphone 12 Max pro yang tidak wujud.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, dia didakwa menipu individu sama dalam urusan mendapatkan hadiah percuma telefon jenama Huawei Mate T8 dan komputer riba jenis Asus yang tidak wujud, serta meminta bayaran insuran bagi penghantaran barangan itu.

Tertuduh mengaku bersalah sebaik sahaja semua pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Majistret Nurul Farahah Mohd Suah.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Azrin Wan Zaid.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan sebatan dan denda.

Pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM14,000 bagi semua pertuduhan, namun peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nor Hafidza Baharudin dan Rahiza Zulkifli yang mewakili tertuduh mengemukakan permohonan agar jumlah itu dikurangkan.

Mahkamah membenarkan Ananda Raj diikat jamin RM12,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Kes akan disebut semula 27 Januari ini bagi mengemukakan fakta kes dan hukuman, berdasarkan pengakuan bersalah dibuat tertuduh pada prosiding hari ini. – Getaran, 21 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

3

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

5

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad