web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


60 Mesin Mining Dirampas, Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2021 6:34PM

Peter (tengah) pada sidang media mengenai tangkapan di Tawau.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Polis merampas 60 unit mesin mining bitcoins dalam dua serbuan berasingan di Bandar Sri Indah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata, ia adalah tangkapan sulung pihaknya membabitkan mesin mining berkenaan di daerah ini.

"Serbuan pertama dilakukan di sebuah premis rumah kedai jam1.30 tengah hari, semalam, dan berjaya menemui 20 unit mesin mining yang sedang beroperasi.

"Seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun, dipercayai penyewa turut ditahan di premis tersebut," katanya menerusi sidang media, di sini, hari ini.

Tambah Peter, pihaknya melakukan serbuan kedua di premis berasingan iaitu kira-kira 50 meter dari lokasi serbuan pertama, jam 2 petang, hari yang sama.

"Dalam serbuan ini, sebanyak 40 mesin mining dirampas.

"Polis terpaksa memecahkan pintu masuk di kedua premis memandangkan ia dikunci bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya.

Selain polis, operasi bersepadu itu turut disertai Majlis Perbandaran Tawau dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB)

Menurut Peter, suspek dipercayai memulakan operasi mesin mining berkenaan sejak Disember tahun lalu dan turut melakukan penipuan penggunaan bekalan elektrik.

"Menurut SESB, pihaknya mengalami kerugian sebanyak RM31,084 akibat tindakan suspek menipu penggunaan bekalan elektrik.

"Semua mesin mining dan beberapa alat elektrik lain termasuk komputer dan modem dianggarkan bernilai lebih juga RM20,000 dirampas bagi membantu siasatan," katanya.

Tambah Peter, setakat ini, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri. – Getaran, 10 Mac 2021.

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 22 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad