web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemuda UMNO Sambut Baik Perkenan Agong Tubuh RCI TH

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 2:31PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO menjunjung kasih atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi penubuhan Suruhanjaya DiRaja (RCI) untuk menyiasat isu pengurusan dan operasi Tabung Haji (TH).

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata penubuhan suruhanjaya berkenaan adalah seiring perjuangan pihaknya sejak beberapa tahun lalu demi memastikan institusi dan kepentingan umat Islam terpelihara.

“Menjunjung kasih ke atas Yang di-Pertuan Agong atas perkenan penubuhan Suruhanjaya DiRaja (RCI) bagi menyiasat isu Pengurusan dan Operasi TH. Pemuda UMNO antara yang paling konsisten menuntut penubuhan RCI ini sejak tahun 2019.

“Ia bagi memastikan institusi milik umat Islam ini terus terpelihara, terbela dan tidak diperkotak-katikkan atas apa jua tujuan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, kerajaan mendapat perkenan Seri Paduka Baginda bagi penubuhan RCI untuk menyiasat isu pengurusan dan pengoperasian Lembaga TH dari 2014 hingga 2020.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, penubuhan RCI dilakukan selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).

Menurut beliau, Al-Sultan Abdullah juga memperkenan pelantikan enam ahli RCI, termasuk mantan Ketua Hakim Negara, Md Raus Sharif sebagai Pengerusi.

Lima lagi ahli RCI adalah mantan Ketua Setiausaha Negara, Samsudin Osman; Pengasas Kumpulan RHB, Abdul Rashid Hussain; mantan Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Mohd Munir Abdul Majid; Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Unishams), Profesor Asmadi Mohamed Naim dan Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon.

Wan Junaidi berkata, ahli RCI yang dilantik merupakan tokoh berwibawa, mempunyai kepakaran dan memiliki pengalaman luas dalam bidang masing-masing, iaitu kehakiman, perkhidmatan awam, pentadbiran, ekonomi, kewangan, pelaburan, pasaran modal, perbankan, kewangan Islam serta perakaunan.

Jelasnya, pelantikan itu berkuat kuasa mulai 21 Januari hingga 19 Julai dan suruhanjaya berkenaan diberikan tempoh enam bulan terbabit bagi melaksanakan siasatan serta menyediakan laporan untuk dipersembah kepada Al-Sultan Abdullah. - Getaran, 20 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad