web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahkamah Benar Khalid Poligami Selepas Setuju Tunai Hak Isteri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 9:04AM

Khalid Abdul Samad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dibenar berpoligami selepas beliau bersetuju menunaikan hak isterinya, Dr Zaitun Abu Bakar.

Kebenaran itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Abdul Hakim Abdullah hari ini.

Abdul Halim turut membenarkan persetujuan itu direkodkan di hadapan beliau atas inisiatif Zaitun untuk membuat penyelesaian secara baik dengan suaminya berhubung kes tuntutan poligami berkenaan.

Peguam mewakili Zaitun, Nurfarhana Abd Manaf, berkata plaintif bersetuju memberikan sebuah banglo dan sebuah ‘penthouse’ yang terletak di Shah Alam kepada anak guamnya.

Katanya, Khalid juga bersetuju memberikan sebuah kereta dan elaun tambahan, iaitu kad kredit kepada defendan.

“Kita sudah buat satu perjanjian persetujuan Khalid dengan defendan antaranya nafkah isteri.

“Persetujuan ini direkod dan diputuskan di hadapan Hakim,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Nurfarhana berkata, anak guamnya mengarahkan untuk mengadakan perbincangan secara baik dengan Khalid berhubung tuntutan poligami dibuat pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) itu bagi memastikan hak sebagai isteri pertama tidak diketepikan.

“Anak guam saya (Zaitun) menuntut hak ini bagi memastikan ia ditunaikan. Beliau mahu mana-mana isteri yang berdepan situasi sama tahu apa hak mereka dan tindakan perlu dilakukan.

“Ini hanya untuk hak, mahu pastikan ia ditunaikan,” katanya.

Pada prosiding kes itu, Nurfarhana dibantu Syamim Muhaimin Abdull Shata dari Tetuan Farhana Izyan & Co.

Terdahulu, pada 8 Disember 2021, Zaitun menfailkan pembelaan dan tuntutan balas terhadap permohonan poligami dikemukakan suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah itu.

Pendaftar Mahkamah, Norbyetty Mohd Nasir kemudian membenarkannya dan menetapkan tarikh perbicaraan pada 20 Disember.

Manakala, Khalid ketika dihubungi media tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai keputusan itu kerana menyifatkannya sebagai isu peribadi. - Getaran, 20 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan Jangan Tutup Mata – Khalid Samad

2

Sukan 1 tahun yang lalu

KL City Mungkin 'Tutup Kedai' Jika Isu Tunggakan Gaji Berterusan – Khalid Samad 

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Selangor Catat 1,617 Kes Poligami Tanpa Kebenaran Sejak 2019

4

Kolum 3 tahun yang lalu

Kaleidoskop Sebuah Poligami Dan Cinta Tidak Kesampaian – Kisah Kahwin Syamsul Yusof Dan Lagu Poligami 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad