web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RFID: Kabinet Putus Pengguna Perlu Diberi Pilihan Untuk Pembayaran Tol

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 8:11AM

Pengguna jalan raya mula menggunakan sistem Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) ketika tinjauan di Plaza Tol Sungai Besi pada 17 Januari. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengguna jalan raya mesti diberi pilihan untuk pembayaran tol sama ada mahu menggunakan sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Touch ‘n Go (TnG) atau SmartTAG.

Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet semalam yang berpendapat pengguna mesti diberi pilihan seperti sewaktu TnG diperkenalkan di peringkat awal dengan  pembayaran secara tunai masih diteruskan.

“Pengguna mesti diberi kebebasan sama ada nak guna RFID, Touch ‘n Go atau SmartTAG,” beliau berkata demikian kepada media ketika ditanya mengenai perkembangan pelaksanaan RFID selepas melancarkan program Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia di sini malam tadi.

Ismail Sabri berkata RFID diperkenalkan untuk mempercepatkan perjalanan merupakan cadangan yang bagus tetapi pengguna juga mesti diberi pilihan memandangkan RFID adalah projek rintis dan ia akan mengambil masa untuk disesuaikan.

Terserah kepada pengguna untuk membuat pilihan dan kalau RFID memudahkan perjalanan mereka, pengguna lebuh raya boleh berhijrah kepada sistem RFID, katanya.

Ismail Sabri berkata pemegang konsesi lebuh raya perlu mengekalkan lorong untuk pengguna TnG dan SmartTAG.

“Jangan semua RFID lah. Kalau ada 10 lorong, mungkin beberapa lorong untuk RFID dan selebihnya masih lagi untuk TnG dan SmartTAG. Kita tidak mahu ada tekanan kepada pengguna jalan raya,” katanya.

Ditanya sama ada pemegang konsesi lebuh raya telah dimaklumkan mengenai keputusan Kabinet itu, Ismail Sabri berkata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof akan memanggil pemegang konsesi untuk berbincang dan membuat keputusan lanjut.

Ismail Sabri juga berkata mesyuarat Kabinet itu juga memutuskan apa sahaja perkara melibatkan bayaran oleh rakyat perlu dirujuk kepada Kabinet.

Media dan netizen melaporkan keadaan di beberapa plaza tol di Lembah Klang terutamanya pada Isnin lepas yang mengalami kesesakan didakwa akibat kegagalan RFID berfungsi.

Transaksi tol menggunakan teknologi RFID untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 15 Januari lepas.

Sistem RFID membolehkan pengguna menikmati perjalanan lebih lancar tanpa perlu berhenti dan bergerak di lorong RFID dengan kelajuan 30 km/j serta melaksanakan transaksi tol tanpa sentuh.

RFID juga menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan e-dompet Touch ‘n Go tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Cadangan Hapus Tol Sukar Dilaksanakan - Ahmad

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Caj Tambahan, Hanya Bayar Ikut Kadar Tol Sebenar

4

Semasa 3 tahun yang lalu

12 Syarikat Konsesi Setuju Laksana Sistem Pembayaran Terbuka - Nanta

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad