web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cadangan Hapus Tol Sukar Dilaksanakan - Ahmad

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2024 8:28AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan untuk menghapuskan tol dilihat sukar untuk dilaksanakan kerana ia akan memberi implikasi besar terhadap kedudukan kewangan negara, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, pelaksanaan cadangan pemansuhan tol di negara ini akan menyebabkan kerajaan membayar pampasan melebihi RM450 bilion kepada syarikat konsesi tol.

"Anggaran (kos) pada 2019 untuk menghapuskan tol kita perlu membayar (pampasan) kepada konsesi lebuh raya lebih RM400 bilion. Sekarang sudah 2023 ... tentunya lebih lagi, saya anggarkan kira-kira RM450 bilion.

"...kita tahu belanjawan negara sekitar RM388 bilion setahun, kalau nak hapuskan tol dengan nilai RM450 bilion pada tempoh setahun itu kita tiada gaji yang boleh diberikan atau untuk kegunaan lain ... saya tak nampak tol boleh dihapuskan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat, semalam.

Pada masa sama, Ahmad mendedahkan kerajaan membelanjakan kos RM20 juta sehari untuk bayaran kepada konsesi lebuh raya susulan pemberian tol percuma semasa sambutan perayaan.

Beliau turut memberi bayangan kemungkinan terdapat pengumuman pemberian tol percuma bersempena dengan sambutan Aidilfitri nanti.

Terdahulu ketika membentangkan bacaan kali kedua RUU itu, Ahmad berkata, pindaan melibatkan 16 fasal dalam Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) 1980 itu bertujuan menambah baik fungsi dan bidang kuasa Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam akta tubuhnya, selain memperkukuh peranan lembaga itu sebagai badan pengawal selia yang mantap, cekap dan efisien selaras dengan hasrat kerajaan.

Beliau berkata, pindaan akta itu tidak akan memberi sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan mahupun kenaikan kadar tol yang dipersetujui dalam perjanjian antara kerajaan dan syarikat konsesi.

RUU itu kemudiannya diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas 12 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

Sementara itu, RUU Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan) 2023 yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran, turut diluluskan Dewan Rakyat, semalam.

Pindaan kepada Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 (Akta 621) bertujuan menambah baik peruntukan dalam pemberian bantuan bersama dalam perkara jenayah antara Malaysia dengan negara lain.

Menurut RUU itu, Peguam Negara dalam hal keadaan tertentu boleh membuat suatu permintaan bagi bantuan dalam perkara jenayah secara terus kepada pihak berkuasa yang berkaitan, seperti yang ditentukan oleh negara asing berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

2.3 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Utama Sepanjang Cuti Deepavali - LLM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jambatan Retak Di Pulau Pinang Palsu - LLM

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Tiada Caj Tambahan, Hanya Bayar Ikut Kadar Tol Sebenar

4

Semasa 3 tahun yang lalu

12 Syarikat Konsesi Setuju Laksana Sistem Pembayaran Terbuka - Nanta

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar