web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelekat RFID ‘Terlalu Manja’, Pengguna Mahu SmartTAG, TnG Dikekalkan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 9:00AM

Pelekat RFID dikatakan senang rosak apabila kereata dibasuh. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Baru sahaja reda isu kesesakan trafik di plaza tol berikutan pelaksanaan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), kali ini kualiti pelekat itu pula menjadi sungutan ramai.

Berdasarkan pengalaman beberapa individu sepanjang menggunakan sistem baharu itu, ada mendakwa pelekat RFID mudah rosak apabila kerap terkena air.

Selain itu, mereka turut mendakwa RFID kurang efisien kerana pelekat tidak boleh dikongsi dengan kenderaan lain seperti kad Touch ‘n Go (TnG) dan SmartTAG.

“Manja betul stiker ni. Tak tahu dah nak pasang bahagian mana di kereta,”

Menurut seorang pengguna Facebook, Mohd Azrie Mat Nor, dia sudah tiga kali membeli pelekat itu.

Katanya, ketika kali pertama membeli pelekat itu dan menampalnya di lampu kereta, kelancaran sistem tersebut nyata mengecewakan apabila dia ingin melalui Lorong RFID.

“Adakalanya ok dan kadang sangkut. Bila nak ubah kedudukan stiker RFID dah tak boleh, tanggal terus terkoyak macam roadtax.

“Beli lagi kali kedua. Kali ini pasang dekat cermin pun sama, ada ‘detect’ ada tak detect bila menggunakan laluan RFID. Kereta saya kena undur banyak kali dan berdepan kesesakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Lebih memeranjatkan, Mohd Azrie berkata, pelekat itu tidak berfungsi selepas kereta dibasuh.

“Satu hari tu abang pergi basuh kereta dan mungkin stiker RFID itu terkopek sikit ketika itu. Akibatnya, stiker terbabit dah tak berapa nak detect, jadi kena beli baharu.

“Manja betul stiker ni. Beli kali ketiga ni tak pasang lagi, tak tahu dah nak pasang bahagian mana di kereta,” katanya.

Susulan kelemahan sistem RFID, Mohd Azrie menggesa agar penggunaan SmartTAG dikekalkan kerana lebih ekonomi dan efisien.

“Rasa malas pula nak pasang RFID ni. Selesa dah pakai SmartTAG. Boleh kongsi-kongsi dan tahan lama.”

“SmartTAG rasanya lebih ekonomi (beli sejak 10 tahun lepas) dan jaranglah tak lepas laluan dan mampu detect bila kelajuan dalam 20 hingga 30 kilometer sejam semasa melalui lorong tol tanpa perlu berhenti.

“Kan elok-elok dah sebelum ni, teknologi SmartTAG terbukti baik dan matang. Tiba-tiba diganti dengan RFID yang baharu lagi teknologinya dan terus nak ubah SmartTAG,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Azrie berkata, dia bukan menolak perubahan teknologi, tetapi berpendapat sistem baharu itu perlu ditambahbaik dan ditukar secara berperingkat.

“Sepatutnya teknologi apa pun yang diperkenalkan, mestilah memberi keuntungan kepada rakyat dan lebih baik dari teknologi sebelumnya, itu baru betul.

“Tak salah nak tukar RFID yang lebih bagus, tetapi kalau SmartTAG masih relevan kenapa perlu mansuhkan? Kan bagus kalau ada pilihan,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial sama, Norazizah Ruslan mahu penggunaan SmartTAG dan TnG dikekalkan kerana lebih mesra pengguna.

“Rasa malas pula nak pasang RFID ni. Selesa dah pakai SmartTAG. Boleh kongsi-kongsi dan tahan lama.

“TnG pula boleh guna di mana-mana. Ada tiga kereta kat rumah ni, takkan semua nak letak RFID. Kekalkanlah ia (SmartTAG) sebagai pilihan, bukan paksaan,” katanya.

Terdahulu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan bersedia mengadakan pertemuan dengan PLUS Malaysia (PLUS) dan TnG untuk membincangkan pengurangan harga pelekat RFID.

Difahamkan, tindakan itu sebagai usaha kerajaan untuk meredakan kemarahan orang ramai mengenai harga pelekat tersebut yang didakwa agak keterlaluan.

Pelekat berharga RM35 itu hanya boleh ditampal di bahagian luar cermin atau lampu hadapan kereta.

Namun malangnya, ia cepat lusuh dan rosak selepas kereta dicuci beberapa kali. - Getaran, 20 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Perinci Kelemahan, Mekanisme Tangani Masalah MLFF, Elak Pengguna Jadi Mangsa Teknologi

2

Semasa 3 tahun yang lalu

RM232 Juta Bagi Baik Pulih Kerosakan Akibat Banjir Di Semenanjung

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Sistem RFID, TnG E-Wallet ‘Buat Hal’ Pula Di DUKE, SPE

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Tempoh Percubaan Pelaksanaan RFID Adalah Kritikal Sebelum Diperluaskan - Fadillah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi