web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perinci Kelemahan, Mekanisme Tangani Masalah MLFF, Elak Pengguna Jadi Mangsa Teknologi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 7:00AM

Projek pilot sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong ini sepatutnya sudah dilakukan untuk mengesan kelemahannya. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa memperincikan kelemahan Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) iaitu sistem kutipan tol tanpa perlu berhenti dan mekanisme bagi menangani masalah yang akan timbul sebelum ia dilaksanakan tahun hadapan.

Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Rozmi Ismail berkata, penjelasan itu penting bagi memastikan pelbagai persoalan berkait kelemahan, terutama kebimbangan rakyat mengenai masalah yang akan timbul disebabkan pelaksanaan sistem itu terjawab.

Menurut beliau, tindakan itu juga sebagai jaminan kepada pengguna jalan raya bahawa mereka tidak akan menjadi mangsa penggunaan teknologi tanpa kajian secara terperinci oleh kerajaan.

“Setiap dasar baharu yang akan dilaksanakan kerajaan perlu diberikan penjelasan sewajarnya agar kelemahan sebagaimana sistem RFID sebelum ini tidak akan berulang. Sistem itu bagus tapi mendapat tentangan masyarakat apabila kelemahannya tidak ditangani secara profesional.

“Malah sistem itu (RFID) masih belum matang sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana pelekat tidak boleh diimbas. Justeru, tidak mustahil isu sama akan berlaku sekiranya kelemahan tol tanpa palang tidak diteliti terlebih dahulu.

Pelekat RFID. - Gambar hiasan Bernama
Pelekat RFID. - Gambar hiasan Bernama

“Sepatutnya, projek pilot sistem tol tanpa palang ini sudah dilakukan. Jadi hasil projek pilot itu sekiranya ada, juga antara perkara yang perlu diperincikan kerajaan kepada orang ramai,” katanya kepada Getaran.

Mengulas lanjut, Rozmi berkata, terdapat keperluan untuk kerajaan berbuat demikian susulan timbul dakwaan sesetengah pihak mengenai syarikat konsesi yang akan dilantik, sedangkan kerajaan Persekutuan membelanjakan sebanyak RM3.46 bilion bagi melaksanakan MLFF.

“Kerajaan dikatakan bakal melantik syarikat untuk menguruskan sistem tersebut, namun yang menjadi persoalan ketika ini adalah, adakah akan ada persaingan sihat atau entiti swasta itu yang akan memonopoli sistem tersebut.

“Maka, penjelasan harus diberikan agar tidak timbul persepsi negatif dalam kalangan rakyat mengenai perkara itu. Pada masa sama, sistem itu patut dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Rozmi menyambut baik pelaksanaan sistem tersebut yang dijangka dilaksanakan selewat-lewatnya pada suku ketiga 2024 kerana ia berupaya mengurangkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya bertol di negara ini.

Bagaimanapun, katanya, jumlah kenderaan yang meningkat saban tahun serta pembinaan lebuh raya yang agak perlahan menyebabkan kesesakan lalu lintas sukar ditangani secara total.

“Pada masa sama, pembinaan lebuh raya khususnya, memakan masa lama sehingga 10 tahun yang mana ketika itu pengguna kenderaan meningkat sehingga 20 kali ganda. Ia pastinya menyebabkan jalan sesak walaupun sistem MLFF diaplikasikan di Malaysia.

“Namun, ia boleh mengurangkan masa pembayaran tol, sebagai contoh dari Genting Sempah sehingga tol Gombak, terutama waktu puncak dan musim perayaan. Ia mungkin boleh menyelesaikan sedikit masalah kesesakan tetapi bukan secara keseluruhan,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kerja Raya (KKR) mengumumkan pelaksanaan MLFF sebagai sistem bayaran terbuka di lebuh raya bertol di negara ini dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, sebanyak RM3.46 bilion akan dibelanjakan kerajaan bagi melaksanakan MLFF, bertujuan bagi mengelak kesesakan lalu lintas di lebuh raya bertol.

Jelasnya, kajian tersebut akan dilaksanakan pada 2024 sebelum penggunaan sepenuhnya dijangka dapat dikuatkuasakan setahun selepas itu.  

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma’amor Osman berkata, kerajaan boleh menggunakan model di negara lain yang membenarkan penggunaan pelbagai kaedah pembayaran sebagai antara kaedah berkesan dalam meningkatkan kelancaran pemanduan pengguna jalan raya.

Beliau turut menyarankan agar MLFF dilaksanakan secara berperingkat bagi membolehkan pengguna jalan raya membiasakan diri dengan sistem tersebut.

“Sistem itu harus diseragamkan dengan butiran pemilik kereta seperti nombor pendaftaran kenderaan dan insurans. Ia juga sepatutnya membolehkan pembayaran untuk tambah nilai melalui sistem tersebut.

“Pada masa sama, sistem itu juga harus mempunyai keupayaan mengesan lokasi pemilik kenderaan sekiranya melanggar tol. Malah, jika pemandu tidak membuka lampu kereta ketika memasuki terowong, dia akan disaman atau ditahan polis dengan segera,” katanya.

Sehubungan itu, Ma’amor berkata, kerjasama antara kementerian dan agensi berkaitan harus diselaraskan agar penggunaan MLFF tidak akan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian akibat pengguna ‘lari’ daripada membayar tol.

“Sekiranya diselaraskan dengan baik, memang mereka tidak dapat lari, sebab kenderaan dapat dikesan dengan pantas oleh sistem tersebut. Ini termasuklah pengesanan kereta curi yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Justeru, keberkesanan sistem ini memerlukan usaha berterusan daripada kerajaan dan pada masa sama kajian itu perlu dilengkapkan secara menyeluruh.

“Jangan dibuat satu-satu, ia perkara penting,” katanya. - Getaran, 22 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Cadangan Hapus Tol Sukar Dilaksanakan - Ahmad

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Aliran Trafik Di PLUS Mulai Meningkat Menjelang Tahun Baharu Cina Esok

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tol Percuma 2 Hari Sempena Deepavali

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Alphard Tersepit, Salah Siapa

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 13 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 13 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 6 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek