web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sistem RFID, TnG E-Wallet ‘Buat Hal’ Pula Di DUKE, SPE

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 1:28PM

DUKE menerusi kenyataan memaklumkan, hanya pembayaran menggunakan kad Touch n Go diterima buat masa ini - Gambar hiasan oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sistem pembayaran tol menggunakan Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) dan Touch n Go (TnG) e-wallet di semua Plaza Tol Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Setiawangsa Pantai (SPE) tergendala buat sementara waktu.

DUKE menerusi kenyataan memaklumkan, hanya pembayaran menggunakan kad Touch n Go diterima buat masa ini.

“Pengguna dinasihatkan untuk memastikan baki kad mencukupi atau menambah nilai kad Touch n Go terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

“Segala kesulitan adalah dikesali,” menurut kenyataan dimuat naik di Facebook.

Isu membabitkan sistem pembayaran tol tergendala, termasuk RFID pernah beberapa kali berlaku, sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati pengguna.

Mereka menyifatkan sistem yang sepatutnya memudah dan mempercepatkan perjalanan itu, sebaliknya mengganggu kelancaran perjalanan apabila kenderaan tidak boleh melepasi palang tol kerana sensor gagal dibaca, sekali gus turut mengakibatkan kesesakan di laluan terbabit.

Terdahulu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) semalam memaklumkan, semua lorong sistem RFID di beberapa plaza tolnya terjejas.

Menerusi Facebook PLUS, ia berkata, lorong RFID di plaza tol terjejas itu membabitkan Butterworth-Kulim, Jambatan Pulau Pinang (JPP), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

Bagaimanapun, sistem itu kembali pulih dan beroperasi semula secara berperingkat mulai jam 8.30 malam tadi.

Katanya, satu siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti punca utama gangguan teknikal terbabit. – Getaran, 17 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Seminggu Masak Lauk Sotong Nampaknya...

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Amboi, Terus Lari Lepas Langgar Orang

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tak Salah Beralah, Ketepikan Ego

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 10 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja