web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bazar Ramadan Boleh Dibuka Jika Dapat Kelulusan MKN

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2021 5:23PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Penganjuran bazar Ramadan atau bazaria boleh dilaksanakan sekiranya mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga sudah membuat persiapan serta mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk menganjurkan bazar.

Menurutnya  beliau sudah mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengembalikan operasi Bazaria dan Bazar Ramadan di Kuala Lumpur pada tahun ini.

"Secara umumnya MKN sudah memberi kelonggaran untuk aktiviti ekonomi berjalan dan atas dasar itu, kita akan kembalikan Bazar Ramadan dan Aidilfitri dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu.

"Secara prinsipnya kita buat persiapan untuk benarkan (buka bazar), cuma kita tunggu keputusan muktamad dari MKN kerana masih berada dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Annuar berkata pihaknya sudah ada beberapa pilihan lokasi untuk penganjuran bazar berkenaan namun ia masih belum diputuskan.

"Kita kena lihat lokasi tertentu sama ada ia sesuai untuk menjarakkan tempat penjaja serta boleh atau tidak lakukan penjarakan fizikal antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, Annuar turut meminta orang ramai mematuhi SOP yang ditetapkan serta menunjukkan contoh yang baik ketika melakukan aktiviti dibenarkan oleh MKN.

Terdahulu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun juga berkata, penganjuran bazar Ramadan di Negeri Sembilan tahun ini boleh dibenarkan, tetapi perlu mengambil kira beberapa aspek termasuk keperluan penjarakan fizikal dan tempat meletakkan kenderaan bagi mengelakkan kesesakan orang ramai.

Pendapat sama disuarakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, yang sedia membenarkan operasi semua bazar Ramadan di seluruh negeri itu pada bulan puasa tidak lama lagi.

Namun, kebenaran itu tetap bergantung pada keputusan MKN dan penurunan statistik harian kes COVID-19 di negeri berkenaan.

Tahun lalu, keputusan kerajaan untuk membatalkan bazar Ramadhan susulan Perintah Kawalan Pergerakan PKP dianggap satu keputusan terbaik walaupun ada golongan yang terkesan akibat langkah tersebut.

Bagi mengatasi masalah tersebut, beberapa inisiatif telah dilakukan oleh kerajaan negeri pada ketika itu, misalnya dengan mejujudkan pembelian dalam talian (online) bagi menggantikan bazar Ramadhan yang berbentuk fizikal dan terbuka.

Peralihan ke perniagaan atas talian atau e-dagang ini dilihat sebagai jalan penyelesaian terbaik yang berupaya memberi manfaat kepada semua pihak. - Getaran, 10 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

2

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

4

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad