web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tangguh Suntikan Dos Penggalak Hingga Kelayakan Penerima Ditentukan - Mufti Perlis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 2:38PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) disaran supaya menangguhkan pemberian dos penggalak COVID-19 sehingga garis panduan dikeluarkan bagi menentukan individu layak atau sebaliknya diberikan suntikan tersebut.

Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata cadangan tersebut berikutan kebimbangan orang ramai mengenai kesan sampingan serius selepas pengambilan dos ketiga itu.

“Ia bukan kisah dongeng tapi memang ramai yang mengalami atau melihat sahabat atau ahli keluarga alami. Tidak guna untuk menafikan.

“Benar, majoriti yang ambil tiada masalah. Saya dah ambil dos ketiga, tiada masalah. Ibu saya pun ambil, tiada masalah. Alhamdulillah,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Namun beliau berkata, ramai mengadu mengenai kesan sampingan dialami mereka dengan ada mendakwa kematian berlaku mengejut selepas pengambilan dos ketiga itu.

“Oleh kerana mereka orang kampung, mereka tiada saluran aduan rasmi.

“Walaupun secara perbandingan peratus mereka yang mendapat mudarat lebih kecil dibandingkan yang OK, namun, setiap keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat adalah tanggungjawab kerajaan,” katanya.

Beliau mengakui vaksin berperanan mengurangkan jangkitan COVID-19 tetapi jika kesan sampingan terus dinafikan, ia tidak memberikan sebarang faedah.

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

State of denial (keadaan menafikan) tidak berfaedah jika masyarakat melihat realiti sebenar di hadapan mata mereka.

“Biar ada panduan jelas siapa yang layak dan siapa tidak layak ambil dos ketiga ini,” katanya.

Terdahulu, Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza meluahkan kebimbangan selepas bapanya sudah lebih seminggu terlantar di hospital selepas menerima suntikan dos penggalak.

Beliau berkata, kesan sampingan dialami bapanya termasuk muntah dan badan menjadi sangat lemah.

Katanya, doktor mengesahkan bapanya sekali lagi terkena strok di bahagian sensitif pada kepala.

“Punca masih tidak jelas. Apakah ada kaitan dengan dos penggalak atau tidak?" soalnya menerusi satu hantaran di Instagram, kelmarin.

Justeru, beliau menggesa KKM supaya memandang serius dan mengkaji kesan sampingan dos penggalak kepada individu yang mungkin tidak sesuai.

Semalam, KKM memaklumkan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian kesan AEFI membabitkan bapa Mufti Perlis itu.

“Pihak Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menghubungi hospital yang berkenaan dan mereka dalam proses menyiasat dan menyediakan laporan AEFI,” kata Program Perkhidmatan Farmasi KKM dalam kenyataan ringkas kepada media menerusi WhatsApp. - Getaran, 19 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID -19: KKM Saran Dos Penggalak Ketiga Untuk Golongan Rentan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Mudah Terpengaruh Dakyah Palsu Punca Rakyat Tak Ambil Dos Penggalak - Pakar

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Pertingkat Pengambilan Dos Penggalak

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Vaksin Pfizer Dilulus Sebagai Dos Penggalak Kanak-Kanak

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad