web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilik Klinik Swasta Antara 4 Individu Ditahan Disyaki Palsukan Kad Vaksinasi COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 6:00PM

Datuk Shafien Mamat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Empat individu termasuk seorang pemilik klinik swasta di Kelantan ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes pemalsuan kad vaksinasi COVID-19.

Mereka yang berusia antara 30-an sehingga 60-an itu ditahan Ahad lalu selepas polis menerima laporan yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, PDRM Kontinjen Kelantan pada jam 11.19 pagi Ahad lalu menerima satu laporan mengenai pengeluaran kad vaksinasi disyaki palsu.

Katanya, laporan itu dibuat susulan daripada aduan yang diterima JKNK antara 1 Oktober 2021 hingga 11 Januari lalu.

“JKNK menerima empat aduan daripada sumber berbeza berkenaan pengeluaran kad vaksinasi disyaki palsu oleh sebuah klinik swasta di kawasan Kota Bharu.

“Klinik berkenaan menawarkan perkhidmatan suntikan vaksin dengan caj RM180 setiap suntikan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, semakan lanjut oleh JKNK mendapati empat individu yang dikatakan telah menerima vaksin berkenaan tidak memiliki sebarang rekod vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera.

Shafien berkata, polis yang bertindak atas maklumat bersama pegawai JKNK telah membuat serbuan ke atas klinik itu dan berjaya menahan empat suspek, terdiri daripada tiga penerima vaksin serta seorang pemilik klinik.

“Turut dirampas dalam serbuan itu adalah kad vaksinasi dan lain-lain dokumen  berkaitan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan pemalsuan kad vaksinasi diminta untuk tampil membuat laporan di balai polis berhampiran,” katanya. - Getaran, 18 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 15 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan