web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mohd Tamrin Didakwa Buat Komunikasi Jelik Terhadap Kerabat Diraja Johor

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2021 2:08PM

Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar (kiri) tiba di perkarangan Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat komunikasi jelik terhadap kerabat diraja Johor menerusi catatan di blog, tahun lepas.

Mohd Tamrin, 71, yang juga anak bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Mengikut pertuduhan, Mohd Tamrin dengan menggunakan blog “tamrintunghafar” di pautan https:/tamrintunghafar.blogspot.com didakwa secara sedar membuat komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain, yang dibaca di laman ‘Page Facebook Dato Tamrin Tun Abdul Ghafar’.

Catatan itu membabitkan artikel mengaitkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Mohd Tamrin didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Media RPO Services, Jalan Persiaran Southkey 1, Kota Southkey di sini, kira-kira 7 malam, 2 Februari 2020.

Mohd Tamrin didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan yang dikendalikan Ketua Unit, Unit Jenayah Am dan Ketenteraman Awam Datuk Yusaini Amer Abdul Karim dan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman menawarkan jaminan RM20,000 terhadap Mohd Tamrin.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali bagaimanapun memohon mahkamah membenarkan jaminan tidak lebih RM5,000 dengan alasan Mohd Tamrin kini seorang penganggur dan mempunyai masalah jantung yang memerlukan rawatan bulanan di Institut Jantung Negara (IJN).

Wan Mohd Norisham membenarkan Mohd Tamrin diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Mei untuk sebutan semula bagi pengurusan kes. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Tindakan Tegas Muat Kandungan Benci Elemen 3R, Penjara, Denda RM50,000 Menanti

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Fahmi Reza Dilepas Tanpa Dibebaskan Tuduhan Buat Hantaran Jelik Di Media Sosial

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Ismail Sabri Dapat Perintah Injunksi Sementara Terhadap Lokman Adam

4

Politik 3 tahun yang lalu

Hentikan Sikap Takfir Yang Jelik dan Merosakkan - Anwar

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 33 minit yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran