web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tindakan Tegas Muat Kandungan Benci Elemen 3R, Penjara, Denda RM50,000 Menanti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 11:50AM

Sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Aka Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan tegas akan dikenakan ke atas sesiapa sahaja yang sengaja berkongsi pandangan atau hantaran berbaur kebencian berkaitan elemen 3R di media sosial.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din berkata, elemen 3R ditakrifkan sebagai perkauman, agama dan institusi Diraja (Race, Religion, Royalty).

Menurut beliau, MCMC mengesan beberapa insiden mutakhir ini yang melibatkan hantaran berbaur kebencian terhadap elemen 3R.

“Ia dikhuatiri boleh menjejaskan menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian dalam negara.

“Ucapan berbaur kebencian merujuk kepada kata-kata ucapan ataupun gambar yang menuduh, merendah-rendahkan nilai seseorang individu atas faktor perkauman, etnik, agama atau kewarganegaraan mereka,” katanya hari ini.

Mohamad Salim berkata, sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Aka Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Jika sabit kesalahan, pelaku boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

“MCMC akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih seta kenyataan bersifat jelik membabitkan unsur 3R,” tegasnya.

Jelas beliau, tindakan penguatkuasaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diambil terhadap mereka yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada demi melindungi ketenteraman dan kepentingan.

“Pentadbir portal berita dalam talian, media sosial dan aplikasi pemesejan digesa menggunakan kuasa editorial mereka untuk menguruskan komen daripada netizen di platform mereka. 

“Pihak penyedia platform media sosial pula diminta untuk lebih bertanggungjawab dalam menurunkan kandungan kandungan berbaur provokatif dan berbahaya apabila dikesan “ katanya.

Mohamad Salim berkata, orang ramai diminta segera membuat laporan kepada MCMC melalui portal Aduan MCMC di pautan https://aduan.skmm.gov.my/ sekiranya terjumpa kandungan berbaur hasutan, provokasi ataupun menghina agama, Institusi Diraja dan perkauman.

“Mereka juga boleh membuat aduan di 1800-188-030, aplikasi WhatsApp di 016 2206 262 dan e-mel di [email protected]

“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat atau melaporkan berita palsu melalui pautan https://sebenarnya.my/salur/,” katanya. - Getaran, 19 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu 4 Tahun 

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Rasuah: Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Dipenjara 6 Tahun, Denda RM8.8 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad