web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hentikan Sikap Takfir Yang Jelik dan Merosakkan - Anwar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 2:15PM

Anwar Ibrahim menegaskan bahawa agama akan tertegak dengan hujah dan pemikiran yang kritis serta terbuka, bukan dengan sikap takfir yang jelik dan merosakkan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa gejala ‘kafir-mengkafir antara pemimpin politik adalah naratif yang merosakkan.

Beliau berkata, perbuatan itu sewajarnya dihentikan kerana membawa impak buruk.

“Kita sepatutnya memberi tumpuan kepada isu dasar dan pemimpin serta pemuka Islam mesti lebih agresif dalam menyerang idea, selain pemikiran yang cenderung ke arah takfir.

“Islam tidak akan tertegak dengan sikap takfir yang jelik dan merosakkan,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Anwar sebaliknya menegaskan, agama akan tertegak dengan hujah dan pemikiran yang kritis serta terbuka.

Semalam, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) ketika berucap merasmikan Muktamar Sanawi Ke-51 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persidangan Antarabangsa Kosmopolitan Islam di Kajang, membidas tindakan ‘kafir-mengkafir’ antara pemimpin politik.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, tindakan itu hanya akan menimbulkan kacau bilau yang mungkin tidak dapat dikawal.

Kenyataan Anwar itu susulan tindakan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa PAS kini adalah parti kafir, berikutan tindakannya bekerjasama dengan UMNO dan parti bukan Islam demi memperoleh kedudukan.

Mantan Perdana Menteri itu berkata, hingga kini PAS tidak menarik balik dakwaan dibuatnya suatu ketika dulu, bahawa orang yang tidak bersama parti itu adalah kafir.

Justeru, katanya, dengan tindakan kerjasama terbabit, ia menggambarkan bahawa mereka bukan lagi parti Islam.

Malah, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada April 1981 melalui Amanat Haji Hadi dikatakan mengkafirkan UMNO sehingga menyaksikan orang Melayu ketika itu berpecah-belah.

Namun pada tahun 2019, PAS bekerjasama dengan musuh tradisinya, UMNO di bawah semangat ‘perpaduan ummah’ atas nama Muafakat Nasional (MN). - Getaran, 18 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 2 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 5 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

2

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

3

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

5

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

6

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95