web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tukang Rumah Didakwa Tipu Urusan Jual Tanah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2022 2:29PM

Tertuduh (tengah) diiringi pegawai SPRM selepas pertuduhan selesai dibacakan di Mahkamah Majistret Kuantan, di sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang tukang rumah didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan di sini, atas dua pertuduhan menipu dalam urusan penjualan tanah dan permohonan lesen pendudukan sementara. 

Tertuduh, Zainondin Idris, 54, didakwa melakukan kesalahan itu antara tahun 2018 dan 2020 membabitkan kerugian berjumlah RM36,000. 

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Ainis Abu Hassan Shaari dan Nurul Farahah Mohd Suah. 

Berdasarkan kertas pertuduhan, bapa kepada 8 anak itu didakwa menipu Rolselan Md Nor, 53 tahun dalam urusan permohonan lesen pendudukan sementara dan mendapatkan dua geran tanah lot di Pejabat Tanah dan Daerah Kuantan. 

Penipuan itu mendorong Rolselan menyerahkan wang RM24,000 bagi tujuan membolehkan urusan dilakukan tertuduh. 

Perbuatan itu dilakukan Zainondin di Kedai Tomyam Seberang Balok, dekat sini pada jam 7 petang, 6 Disember lalu. 

Tertuduh juga didakwa menipu Zainal Abidin Abdul Rahman, 56, dalam urusan pembelian dua tanah lot seluas 0.3 hektar di Sri Damai, di sini dan mendorong mangsa menyerahkan wang RM12,000 kepadanya. 

Kesalahan itu pula didakwa dilakukan tertuduh di kafe Pejabat Tanah dan Galian di sini, pada jam 11 pagi, 18 Disember 2018. 

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dengan sebatan, dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Aini Adila Mohd Faizal dan Wan Azreen Wan Zaid manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman, Mohd Azlan Mohd Arish@ Arshad. 

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dan kes disebut semula pada 25 Januari depan. - Getaran, 11 Januari 2021 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 6 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek