Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pembelian Kenderaan Sambung Bayar Menyalahi Akta, Bawa Pelbagai ‘Derita’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2022 9:00AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemunculan syarikat jualan yang menawarkan perkhidmatan pembelian ‘kenderaan sambung bayar’ secara terbuka di media sosial, membuatkan urus niaga berkenaan dianggap sah.

Ditambah strategi iklan menampilkan motto ‘kenderaan sambung bayar murah, deposit rendah, perjanjian lengkap, senarai hitam lulus’ digunakan penjual, pastinya mampu menarik minat individu yang kurang arif mengenai undang-undang berkaitan pembelian.

Bagi mereka yang kurang faham mengenai istilah kenderaan sambung bayar, ia merujuk kepada kenderaan yang masih mempunyai hutang pinjaman dengan bank, tetapi dijual pemilik asal kepada pihak ketiga untuk meneruskan pembayaran.

Hakikatnya, penjualan dan pembelian kenderaan menerusi kaedah sambung bayar menjadi kesalahan di bawah Akta Sewa Beli 1967.

Akta itu dikuatkuasakan bagi melindungi pengguna daripada tertekan kerana dibebani kadar faedah tinggi dan mengatasi risiko bakal dihadapi pemilik (penjual) serta pembeli kenderaan.

Menurut seorang sumber, aktiviti penjualan dan pembelian kenderaan sambung bayar ini popular kerana dianggap menguntungkan penjual serta pembeli.

Pembeli dikatakan hanya perlu membayar kos keseluruhan dan deposit yang jauh lebih rendah berbanding kenderaan baharu serta terpakai.

“Urusan jual beli kenderaan sambung bayar kenderaan ini tidak memerlukan banyak dokumen sebenarnya, malah tidak payah ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tak perlu tukar nama, jadi memang mudah serta dianggap tidak rumit seperti ditetapkan bank,” katanya.

Bagaimanapun, Pengurus Kanan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Baskaran Sithamparam berkata, masyarakat harus menjauhi jual beli kenderaan secara sambung bayar kerana ia membawa pelbagai kesan buruk, bukan sahaja kepada pembeli, malah penjual.

Baskaran Sithamparam
Baskaran Sithamparam

“Jika pembeli baharu tidak membayar ansuran bulanan dan dihadapkan ke mahkamah, pemilik asal (penjual) akan berdepan dakwaan itu kerana hak kenderaan berkenaan masih di bawah namanya.

“Jadi, pemilik asal harus berwaspada, jangan jual kepada sesiapa pun, walaupun rakan baik kerana dalam isu seperti ini, kawan pun boleh menjadi musuh,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Baskaran berkata, risiko lain dibimbangi adalah sekiranya kenderaan itu hilang, pembeli tidak boleh membuat laporan polis kerana ia perlu dilakukan pemilik asal, sekali gus menimbulkan pelbagai kesulitan.

“Jual beli kenderaan secara sambung bayar juga menghalang pembeli untuk menukar hak milik nama kenderaan daripada status pemilik asal selepas melangsaikan hutang aset berkenaan.

“Lebih merugikan pembeli sekiranya pemilik asal berubah fikiran dan menuntut kembali kenderaan itu walaupun baki ansuran kepada bank diselesaikan pembeli,” katanya.

Menurut Baskaran, isu tambahan mungkin dialami adalah seandainya kenderaan itu telah diklon, yang akan menyebabkan pembeli berdepan kesalahan besar di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.

Semakin merugikan katanya, apabila pemilik asal meninggal dunia, menyebabkan institusi kewangan secara automatik memberikan pilihan kepada waris, sama ada menyelesaikan ansuran pembiayaan atau menyerahkan kenderaan itu kepada bank sebagai empunya.

“Dalam perkara ini, pembeli tidak boleh menuntut apa-apa walaupun dia dah bayar ansuran bertahun-tahun kerana nama pemilik asal yang meninggal dunia ditukar kepada milik empunya sebenar iaitu bank sekiranya keluarga tidak mahu atau gagal melangsaikannya.

“Satu lagi kemelut bakal timbul jika pembeli disaman atas kesalahan jalan raya atau kenderaan terbabit jenayah, pemilik asal terpaksa menanggung kesan kerana aset itu masih ‘tertera’ namanya,” katanya.

Baskaran bagaimanapun berkata, FOMCA tidak menerima aduan berhubung kes pembelian kenderaan secara sambung bayar, berkemungkinan kerana masyarakat sudah sedar bahawa urus niaga itu menyalahi undang-undang.

Namun, katanya, mungkin juga ketiadaan aduan itu disebabkan mangsa sama ada penjual atau pembeli tidak menguar-uarkan keadaan dihadapi atau mungkin jual beli itu dilakukan dalam kalangan ahli keluarga.

Beliau berkata, meskipun kesedaran semakin meningkat berhubung impak buruk pembelian kenderaan sambung bayar, apa dikhuatiri situasi itu akan membelenggu mereka yang naif mengenainya.

“Jadi masyarakat perlu dididik supaya mereka mengetahui tindakan membeli kenderaan sambung bayar adalah kesalahan walaupun di media sosial, banyak pihak mengiklankan ‘perniagaan’ ini.

“Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung aktiviti ini. Masyarakat perlu diberi kesedaran dan kenakan tindakan tegas kepada mereka yang terbabit, sekali gus mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa,” katanya.

Tegasnya, mana-mana individu yang ingin membeli kenderaan sambung bayar dinasihatkan melupakan hasrat itu kerana sekiranya sudah ‘terperangkap’, sukar mencari jalan penyelesaian dan merugikan.

Selain itu, Baskaran berkata, tindakan yang boleh dilakukan sekiranya kedua-dua pihak bersetuju melakukan jual beli, adalah bersama-sama ke bank untuk melakukan pembiayaan semula bagi membolehkan proses pertukaran nama dibuat secara sah.

“Namun, perjanjian baharu untuk tukar milik nama ini akan menelan kos yang banyak, dan kedua-dua pihak menanggung kerugian kewangan berdasarkan peruntukan akta sedia ada,” katanya. - Getaran, 11 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 9 bulan yang lalu

Bank Disaran Terus Bantu Individu Dan PKS Yang Memerlukan - PM Anwar

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakej Perpaduan Prabayar Bantu Golongan Sasar Tingkat Pendapatan - Persatuan Pengguna

3

Semasa 1 tahun yang lalu

2 Lelaki Cemas Terperangkap Di Ruangan Mesin ATM Bank Di Mersing

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Berhubung Dengan Bank Sediakan Moratorium Mangsa Banjir - PM Anwar

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Semasa 18 jam yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Kesemua Mangsa Diberikan Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat TLDM