web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pakej Perpaduan Prabayar Bantu Golongan Sasar Tingkat Pendapatan - Persatuan Pengguna

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2023 3:59PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Inisiatif kerajaan menyediakan capaian internet mampu milik menerusi Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih mampu membantu golongan sasar meningkatkan pendapatan mereka.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata inisiatif berkenaan bagaimanapun seharusnya tidak melihat kepada penawaran harga sahaja, tetapi memerlukan nilai tambah yang berkesan untuk mengubah taraf ekonomi masyarakat terutamanya golongan miskin tegar.

“Internet kini jadi satu keperluan dan bukan lagi kehendak. Oleh itu contohnya kalau suatu kelompok itu dah jadi asnaf dan menerima zakat, bagi sahaja internet percuma, tetapi dengan syarat mereka perlu dibimbing untuk menjana pendapatan melalui platform ekonomi digital.

“Misalnya, dia belajar jadi dropship atau pun e-hailing umpamanya, dan ini sekali gus mampu untuk membuatkan hasrat kerajaan menghapuskan miskin tegar pada tahun ini tercapai,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya agensi kerajaan yang berkaitan seperti Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) boleh digerakkan untuk memberikan bimbingan serta bantuan yang diperlukan bagi menjayakan cadangan berkenaan.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengumumkan inisiatif berkenaan akan dilaksanakan pada harga RM5 sebulan yang membabitkan penyertaan lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, UMobile, Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communications.

Golongan yang disasarkan bagi pakej berkenaan ialah belia berumur hingga 30 tahun, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran pasukan beruniform.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Saravanan Thambirajah berpendapat inisiatif ini kena pada masanya, dan kerajaan perlu melihat bagaimana ia boleh dilangsungkan bagi memenuhi keperluan mereka yang berada di bawah garis kemiskinan, memandangkan internet kini memang dianggap sebagai satu keperluan dalam dunia hari ini.

“FOMCA menyambut baik langkah kerajaan ini, bagaimanapun mereka yang berada di bawah paras garis kemiskinan mungkin boleh ditawarkan dengan pakej berbeza, dengan pakej bernilai RM15 atau RM20, mungkin kerajaan boleh membantu,” katanya.

Semakan Bernama terhadap pakej yang ditawarkan oleh pengendali telekomunikasi mudah alih (telco) seperti CelcomDigi, Maxis, dan UMobile, antaranya menawarkan bayaran RM30 untuk 30 GB (gigabait) data dengan kelajuan 3 Mbps (megabit sesaat) selama 180 hari.

CelcomDigi dalam maklum balas bertulis kepada Bernama menyatakan sebagai salah satu penyedia perkhidmatan yang mengambil bahagian untuk inisiatif itu, ia akan terus menyokong aspirasi kerajaan untuk meningkatkan keterangkuman digital negara dan membawa akses mudah kepada lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan.

“Kami percaya Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih, inisiatif terbaharu kerajaan akan memberi manfaat kepada komuniti yang disasarkan, membantu meringankan kos sara hidup mereka dan membantu mereka terus berhubung dengan perkhidmatan komunikasi penting,” kata CelcomDigi.

Sementara itu seorang suri rumah Stella Mariappan, 70, yang kini melanggan internet asas Unifi 30Mbps di rumah dengan bayaran bulanan RM100 mengalu-alukan inisiatif kerajaan itu, dan mengatakan bahawa beliau boleh mendapat banyak penjimatan menerusi Pakej Perpaduan jalur lebar tetap.

“Memandangkan saya seorang suri rumah dan tiada pendapatan, saya bergantung kepada sumbangan anak dan bantuan kerajaan, tetapi tawaran pakej internet ini telah mengurangkan beban saya sekurang-kurangnya dua tahun dari sekarang,” katanya.

Syafiah Aliman, 25, pula berkata langkah itu tepat pada masanya memandangkan beliau adalah peniaga dalam talian yang memerlukan pakej internet yang lebih murah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif Jalur Dan Laluan Pacu Pembangunan Malaysia - Menteri Pengangkutan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kandungan Palestin Disekat, KKD Temui TikTok Esok - Fahmi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hanya 80 Aduan Berkaitan Nombor Telefon Kitar Semula Diterima Sejak 2012 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KKD Rangka Program Memperingati Jasa Tun Dr Ismail

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad