web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Berhubung Dengan Bank Sediakan Moratorium Mangsa Banjir - PM Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 1:19PM

Onn Hafiz Ghazi semalam meminta kerajaan mempertimbangkan moratorium antara tiga hingga enam bulan diberikan kepada mangsa banjir di negeri Johor - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan berhubung dengan pihak bank bagi membenarkan moratorium diberikan kepada peminjam yang terkesan akibat banjir, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Beliau berkata ini berdasarkan cadangan daripada kerajaan Johor yang meminta bantuan itu diberikan, dan setakat ini Maybank dan CIMB telah bersetuju untuk memberikan moratorium selama enam bulan.

“Kita juga hubungi bank-bank lain supaya mengikuti langkah Maybank dan CIMB,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam meminta kerajaan mempertimbangkan moratorium antara tiga hingga enam bulan diberikan kepada mangsa banjir di negeri berkenaan.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Onn Hafiz berkata moratorium itu akan dapat meringankan bebanan mangsa banjir yang mempunyai pinjaman daripada institusi perbankan.

Selain itu Anwar berkata tiada keperluan melaksanakan darurat banjir di Johor memandangkan semua kawasan dan jalan yang terputus telah dapat diselesaikan.

Menurutnya, persiapan yang disediakan adalah jauh lebih baik termasuk pemasangan jambatan bailey oleh pasukan Angkatan Tentera Malaysia bagi menghubungkan jalan yang terputus hubungan. 

“Saya ucapkan tahniah kepada semua jentera. Di Johor persiapan jentera negeri dan pegawai-pegawai daerah nampak lebih berkesan, oleh itu dapat menyelamatkan banyak nyawa dan memberikan bantuan dengan kadar segera.

“Apa alasan darurat? Darurat ni kalau kaedah biasa tak boleh dijalankan tetapi sekarang kaedah biasa boleh dijalankan. Oleh itu darurat tak perlu,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) yang ingin tahu mengapa kerajaan masih tidak melaksanakan darurat banjir khususnya di Johor. 

Pada masa sama, Anwar sekali lagi menegaskan beliau tidak membatalkan projek tebatan banjir tetapi membatalkan proses rundingan terus.

“Saya batalkan kerana kos itu tinggi dan melalui rundingan terus, tetapi projek itu mesti diteruskan. Dalam belanjawan saya dah umumkan projek tebatan banjir di Johor dan Sungai Golok di Kelantan. Jadi nak kata diskriminasi projek pasal apa (kenapa)?.

“Kita minta sediakan kerana projek tebatan banjir adalah projek mendesak tetapi kaedahnya jangan rundingan terus kerana kosnya meningkat, jadi kita guna proses tender terhad dan percepatkan proses itu. Bila kita guna tender terhad, kos menurun,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad