web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Perlu Laksana Sidang Khas Dewan Rakyat Bincang Isu Integriti Negara

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2022 5:19PM

AMK menyatakan protes merayu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berundur ketika ditemui di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nilai integriti antara tonggak utama dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan berfungsi secara efektif dan efisien.

Tidak dinafikan, terdapat segelintir kecil penjawat awam yang tergelincir daripada landasan sebenar dan terjerumus dalam salah laku membabitkan rasuah.

Sehubungan itu, kerajaan digesa mengadakan sidang khas Dewan Rakyat bagi membincangkan isu integriti agar budaya rasuah dan salah guna kuasa dapat dihindarkan.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, ini perlu dilaksanakan bagi memperkasa integriti penjawat awam dengan memberi penekanan terhadap amalan jujur, amanah serta telus mengikut bidang kuasa dan tugas yang diberikan.

Menurut beliau, cukup membimbangkan apabila amalan rasuah atau salah guna kuasa akan menjadi kebiasaan sekiranya ia tidak dihindarkan dengan penekanan integriti penjawat awam.

“Berdasarkan perkara 13 (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menyatakan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku ketua majlis mempunyai kuasa memanggil semua Ahli Parlimen bagi mengadakan persidangan Dewan Rakyat pada bila-bila masa.

“Kalau boleh bincang isu banjir yang telah pun lewat sebulan, mengapa tiada kuasa untuk bersidang serta-merta bagi membincangkan isu integriti di kalangan penjawat awam,” katanya ketika ditemui media di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran dan Naib Ketua AMK, Thiban Subbramaniam.

Dalam pada itu, Akmal yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) merayu kepada Ismail Sabri agar sidang khas Dewan Rakyat dapat dilaksanakan segera bagi membincangkan isu berkenaan yang kini menjadi kebimbangan di kalangan masyarakat.

“Saya amat mengharapkan Perdana Menteri dapat menambah satu hari lagi selepas mengadakan sidang khas pada 20 Januari ini bagi membincangkan isu banjir di Parlimen.

“Ini perlu bagi memberi keadilan kepada semua Ahli Parlimen yang mempertahankan integriti untuk kita mendengar desakan mereka bagi membincangkan isu permasalahan tersebut,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan satu sidang khas Dewan Rakyat berkaitan bencana banjir akan diadakan pada 20 Januari ini.

Menurut beliau, ketetapan itu selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara iaitu banjir dan pasca banjir, penyelarasan bantuan kepada Keluarga Malaysia serta perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir.

Perdana Menteri berkata, sesi terbabit juga adalah platform terbaik untuk setiap Ahli Parlimen mendapat maklum balas tentang isu banjir.

Sementara itu, Maszlee ketika ditemui Getaran menegaskan, kerajaan perlu lebih tegas dalam menangani isu integriti dan rasuah di semua peringkat kepimpinan sektor awam dan institusi kerajaan.

Menurut beliau, isu integriti yang berlaku membabitkan penjawat awam akan memberi impak negatif kepada negara sekiranya ia diabaikan begitu sahaja oleh pemerintah.

“Integriti perlu diperkasakan di negara ini. Kita perlu memilih pemimpin atau individu penjawat awam yang betul-betul berkelayakan dan menjalankan amanahnya dengan sebaiknya.

“Sekiranya perkara ini tidak dibendung, negara akan menjadi lemah dari segi integriti dan akan berlakunya lebih banyak kelakuan rasuah dan salah guna kuasa di kalangan penjawat awam,” katanya. - Getaran, 10 Januari 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad