web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Alat Bantuan Pernafasan Budak 7 Tahun Rosak Akibat Banjir, Keluarga Mohon Sumbangan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 5:00PM

Norfardilatul Akmar berharap ada pihak sudi membantu Mohd Hisyamuddin mendapatkan alat bantuan pernafasan baharu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Bencana banjir luar biasa yang melanda beberapa negeri Disember lalu bukan sahaja menyebabkan puluhan ribu penduduk mengalami kerosakan harta benda serta kediaman, malah menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada mangsa.

Kisah sedih akibat musibah itu turut dirasai pasangan suami isteri, Mohd Asri Abdul Rashid dan Norfardilatul Akmar Mustafa yang berdepan momen cemas apabila alat bantuan pernafasan digunakan anak bongsu mereka, Mohd Hisyamuddin, 7, rosak akibat ditenggelami banjir.

Menceritakan semula detik itu, Mohd Asri berkata, kerosakan alat itu mengakibatkan Mohd Hisyamuddin yang mempunyai masalah paru-paru, mengalami kesukaran bernafas dengan lancar.

“Dengan pendapatan RM1,400 sebulan yang diterima saya sebagai pengawal keselamatan, sememangnya saya tidak mampu membeli semula alat itu kerana harganya dianggarkan RM14,000,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Bukit Rangin, di sini.

Mengimbau kejadian bah dialami, Norfardilatul Akmar berkata, dia dan suami hilang punca untuk menyelamatkan barangan berharga, termasuk alat bantuan pernafasan terbabit kerana paras air meningkat terlalu cepat.

“Saya tidak tahu bagaimana nak buat, ketika air mula melimpah di kawasan kediaman kami, saya cuma sempat berpindah dengan membawa beberapa barangan penting.

“Tambahan kami hanya memiliki motosikal, jadi tidak banyak yang boleh kami bawa dan alat bantuan pernafasan itu juga kami tak sempat alihkan,” katanya.

Mohd Hisyamuddin disahkan menghidap penyakit berkaitan paru-paru sejak berusia enam bulan.
Mohd Hisyamuddin disahkan menghidap penyakit berkaitan paru-paru sejak berusia enam bulan.

Mengulas mengenai masalah kesihatan anaknya itu, Norfardilatul Akmar berkata, Mohd Hisyamuddin dikesan menghidap penyakit berkaitan paru-paru sejak berusia enam bulan.

Keadaan itu menyebabkan kanak-kanak berkenaan sering menerima rawatan di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Jelasnya, dia dan suami hanya dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan sebenar anaknya itu selepas kira-kira setahun kemudian.

“Doktor di HTAA memberitahu Mohd Hisyamuddin perlu menggunakan alat bantuan pernafasan bagi meneruskan kehidupan.

“Luluh hati saya dan suami apabila mendengar penjelasan doktor itu. Mana kami nak cari duit untuk beli alat bantuan pernafasan yang berharga lebih RM14,000,” katanya.

Bagaimanapun, mereka menarik nafas lega ketika itu apabila HTAA dan Pusat Zakat Pahang menyumbangkan alat bantuan pernafasan berkenaan.

“Namun, akhirnya alat bantuan pernafasan itu rosak akibat banjir. Sekarang saya cuma fikirkan keselamatan dia sahaja. Bagaimana kami nak cari dana untuk membeli yang baharu,” katanya.

Susulan situasi itu, Norfardilatul Akmar sangat berharap bantuan daripada mana-mana pihak untuk membolehkan Mohd Hisyamuddin mendapatkan alat bantuan pernafasan baharu.

Bagi orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai keadaan Mohd Hisyamuddin atau menghulurkan bantuan boleh menghubungi Mohd Asri di talian 011-2534 0421.

Manakala bagi pihak yang berhasrat menyalurkan sumbangan kewangan boleh berbuat demikian melalui nombor akaun 156226176966 (Maybank) atas nama Norfardilatul Akmar Mustafa. - Getaran, 6 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad