web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peja Beri Janji Kosong, Atlet Kebangsaan Ibarat ‘Alat Pakai Buang’

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 3:00PM

Steven Sim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Majlis Sukan Negara (MSN) menggugurkan 144 atlet daripada program latihan, termasuk yang pernah bergelar juara dunia terus dikecam hebat.

Terbaru, bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong menyifatkan tindakan tersebut sebagai amat mengecewakan industri sukan tanah air.

Malah beliau turut membidas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atau lebih dikenali sebagai Peja kerana gagal mempertahankan kebajikan atlet terbabit.

“Bagi saya, lebih baik pecat 10 orang menteri dan 10 timbalan menteri bergaji besar dalam Kabinet gergasi yang gagal berfungsi, daripada menggugurkan atlet yang telah sekian lama berkhidmat untuk negara tanpa sebarang ganjaran lumayan.

“Gaji menteri dan timbalan menteri tersebut lebih daripada memadai untuk menampung kembali atlet kita dalam program latihan sukan mereka,” katanya hari ini.

Steven Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, beliau pernah membangkitkan isu kekurangan dana yang diperuntukkan untuk sukan kompetitif semasa perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Belanjawan 2022 untuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 29 November tahun lalu.

“Sebagai contohnya, bagi penyediaan sukan antarabangsa, KBS hanya memperuntukkan sebanyak RM17.5 juta untuk 2022, sedangkan kita bakal menghadapi tiga acara sukan antarabangsa iaitu Sukan SEA Hanoi 2021, Sukan Asia Hangzhou 2022 dan Sukan Komanwel Birmingham 2022.

“Bandingkan peruntukan ini dengan Belanjawan 2018, dengan RM71.5 juta telah diperuntukkan untuk Sukan Komanwel Gold Coast 2018 dan Sukan Asia Jakarta 2018,” katanya.

Menurut beliau, pengurangan mendadak itu menyebabkan atlet dan persatuan sukan tidak mendapat peruntukan mencukupi untuk berdepan dengan cabaran sukan antarabangsa pada tahun ini.

Tegasnya, Ahmad Faizal memberi jaminan kosong di Dewan Rakyat pada 29 November lalu apabila memaklumkan KBS tidak akan mengabaikan atlet dan persatuan sukan yang akan mengambil bahagian.

“Jelas, menteri telah menipu di Parlimen apabila hanya sebulan selepas jaminan beliau, 144 atlet telah digugurkan daripada program latihan sukan kebangsaan.

“Malah, ada sesetengah atlet negara telah mengadu bahawa KBS tidak berunding dengan mereka sebelum membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan mereka,” katanya.

Beliau berkata tindakan itu ibarat memperlakukan atlet kebangsaan seperti ‘alat pakai buang’ yang boleh disingkirkan bila-bila masa dengan begitu sahaja.

“Sepatutnya, atlet perlu diberi jaminan kerja dan pasca kerjaya sukan agar mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada mencapai kecemerlangan dalam sukan masing-masing.

“Perkara ini telah dimulakan semasa pentadbiran Pakatan Harapan melalui pengenalan Pusat Atlet yang bertujuan menjadi sebuah pusat sehenti bagi isu-isu berkaitan hak, kebajikan, kerjaya dan pendidikan atlet serta pelaksanaan khidmat perlindungan kesihatan seumur hidup untuk atlet kebangsaan,” katanya.

Begitu pun, beliau berkata ketika itu KBS pernah dikritik kerana terlalu ‘memanjakan’ atlet, walaupun sebenarnya pentadbiran PH mahu mengimbangkan antara hak atlet dengan kuasa besar yang ada pada MSN dan persatuan sukan kebangsaan.

“Ini bagi mewujudkan satu suasana yang lebih sihat, apabila atlet bukan sahaja dihormati dan dirunding dalam kerjaya sukan mereka malah akan dibimbing dengan lebih baik dari segi hak, kebajikan serta dan masa depan pasca-kerjaya sukan,” katanya.

Antara nama besar yang digugurkan adalah pelari pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, atlet terjun dan bekas juara dunia Cheong Jun Hoong serta pemain skuasy wanita negara, Low Wee Wern.

Semalam, MSN turut mengumumkan pengurangan elaun latihan, selepas tindakan menggugurkan 144 atlet daripada program latihan kebangsaan.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail menegaskan, tindakan itu terpaksa diambil memandangkan negara memberikan lebih keutamaan terhadap usaha memulihkan ekonomi pasca COVID-19 selain insiden banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini.

MSN turut melaksanakan kadar baharu elaun latihan.

Selepas ini, pemenang pingat perak dan gangsa Sukan SEA akan menerima RM800 sementara emas, RM2,000.

Untuk temasya Sukan Komanwel dan Asia, pemenang emas akan menerima RM4,500 manakala perak RM4,000 dan gangsa RM3,500.

Pemenang emas Sukan Olimpik pula akan menerima bayaran elaun RM7,500 manakala perak RM7,000 dan gangsa RM6,500. - Getaran, 6 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 20 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja