web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tangani Segera Isu Kos Kuarantin Jemaah Umrah - Anwar Ibrahim

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 6:03PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) harus menangani isu kos kuarantin yang dikenakan terhadap jemaah umrah yang baharu sahaja pulang dari Tanah Suci Makkah.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengambil maklum berkenaan isu tular baru-baru ini, berkaitan jemaah yang pulang dari mengerjakan ibadah umrah apabila mereka diminta menjalani proses kuarantin di hotel ditetapkan.

Tegasnya, arahan itu semestinya ini melibatkan kos kuarantin yang tinggi dan membebankan.

“Saya maklum akan isu yang tular baru-baru ini berkaitan jemaah yang pulang dari mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini.

“Mereka dilaporkan diminta untuk menjalani proses kuarantin di hotel-hotel yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Kuarantin di rumah tidak dibenarkan sama sekali,” katanya, hari ini.

Susulan isu, beliau menggesa isu tersebut diselesaikan segera agar tidak melarat.

Terdahulu, Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Harun KC Ahmmu turut menggesa kerajaan supaya mengkaji semula penambahan kos luar biasa jemaah umrah yang perlu dikuarantin di hotel seperti ditetapkan kerajaan bermula semalam.

Harun KC Ahmmu
Harun KC Ahmmu

Katanya, kos tambahan itu dilihat tidak masuk akal malah amat membebankan jemaah yang baru pulang ke tanah air.

Sekiranya perkara tersebut tidak diambil tindakan tegas, jelas beliau, ia akan memberi kesan negatif dan mencalarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Difahamkan kos untuk kuarantin adalah RM250 hingga RM350 semalam untuk seorang dan jika dikira untuk tujuh hari, maka kosnya antara RM700 hingga RM2,450 seorang jemaah. Perkara ini menjadi persoalan kepada kami mengapa tiba-tiba ia naik mendadak, berbanding RM150 sebelum ini.

“Kos kuarantin tidak terkandung dalam pakej umrah, menyebabkan jemaah yang tidak berkemampuan atau mempunyai wang mencukupi menghadapi kesukaran dalam melalui proses kuarantin di hotel seperti ditetapkan Agensi Pengurusan Bencana (NADMA),” katanya.

Sementara itu, Kabinet akan mengadakan mesyuarat khas esok bagi membincangkan isu penangguhan umrah seperti yang diumumkan KKM baru-baru ini, susulan ancaman varian baharu COVID-19, Omicron.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pada mesyuarat itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan membentangkan laporan terperinci mengenainya.

“Esok saya akan dapatkan gambaran sebenar mengenai isu umrah ini. Cuma saya hendak maklumkan keputusan KKM (tangguh umrah) lebih kepada hendak menjaga nyawa kita,” katanya. - Getaran, 4 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad