web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Simpanan KWSP Bukan Satu-Satunya Penyelesaian Bencana Alam - Tengku Zafrul

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2022 5:56PM

Tengku Zafrul berkata tututan untuk membenarkan pengeluaran KWSP dilakukan dengan tidak bertanggungjawab. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang terkesan dengan bencana alam seperti banjir tidak boleh melihat simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai satu-satunya jalan penyelesaian, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tegas beliau, tiga program pengeluaran khas i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sebelum ini hanya langkah jangka pendek serta bersifat sementara akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

“Tuntutan sedemikian tidak dibuat dengan sikap bertanggungjawab, sebaliknya dilakukan secara melulu tanpa analisis dan perkiraan rapi.

“Kita tidak boleh membenarkan pengeluaran KWSP untuk semua bencana. Hampir setiap tahun negara dilanda banjir.

“Mungkin akan ada bencana lain seperti tanah runtuh, kebakaran dan sebagainya,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan segelintir pihak termasuk ahli politik, yang sengaja mendesak pengeluaran KWSP dibenarkan sebagai modal politik mudah.

“Hakikatnya hampir 50 peratus atau kira-kira enam juta pencarum mempunyai baki caruman kurang daripada RM10,000,” ujarnya dalam satu video dimuat naik di Facebooknya, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, ketika ini ada ahli KWSP yang sudah membuat pengeluaran sehingga RM71,000 melalui tiga pengeluaran khas berkenaan dengan jumlah keseluruhan RM101 bilion.

“Jika kerajaan terus membenarkan pengeluaran khas demikian, tidak diketahui apa yang akan terjadi pada simpanan hari tua pencarum terbabit.

“Golongan tersebut termasuk 74 peratus Bumiputera tidak akan mendapat faedah jika kerajaan membenarkan pengeluaran tambahan i-Citra sebanyak RM10,000 seperti desakan sesetengah pihak,” katanya lagi.

Mengulas lanjut beliau berkata, lebih membimbangkan apabila 79 peratus daripada enam juta pencarum yang mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 itu terdiri daripada golongan Bumiputera.

“Percayalah dalam menggubal dasar, kerajaan perlu bertanggungjawab dalam memastikan kebajikan bukan saja jangka pendek tapi juga kesejahteraan jangka panjang iaitu untuk anak cucu kita kelak,” katanya.

Dalam membantu mangsa bencana termasuk banjir yang berlaku baru-baru ini, Tengku Zafrul berkata, secara keseluruhannya banyak sumbangan dihulurkan kerajaan untuk golongan terkesan.

“Bagi membantu aliran tunai golongan B40 dan M40, kerajaan sudah menyalurkan sumbangan berjumlah RM10 bilion melalui Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dan juga Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) yang dimanfaatkan kira-kira 11 juta penerima.

“Kerajaan juga telah menyalurkan pemberian wang ihsan yang ditingkatkan kepada RM1,000 untuk semua mangsa banjir baru-baru ini serta pelbagai jenis bantuan lain seperti pembelian perkakas elektrik, membaiki kenderaan, diskaun sehingga 50 peratus terhadap alat ganti kereta, pembiayaan pada kadar faedah sifar peratus, moratorium dan banyak lagi,” tegasnya.

Beliau menarik perhatian, orang ramai dinasihatkan supaya lebih bersedia dengan jangka masa panjang, sesuai dengan ramalan Malaysia sebagai negara tua menjelang 2030.

“Ini bermaksud dalam jangka masa lapan tahun sahaja, golongan pesara dan warga tua akan merangkumi 15 peratus atau lebih 5.3 juta daripada penduduk negara.

“Lapan tahun bukanlah lama. Ini bermakna mereka akan memerlukan simpanan yang lebih banyak untuk membiayai sara hidup selepas bersara,” katanya.

Terbaharu, beberapa pemimpin seperti Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki  serta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terus memperjuangkan pengeluaran KWSP RM10,000 secara sekali keluar, lebih-lebih lagi apabila beberapa negeri dilanda musibah banjir. - Getaran, 2 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad