web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gelombang Omicron Tidak Dapat Dielakkan - Khairy Jamaluddin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2021 5:49PM

Khairy berkata kerajaan sedang mengambil langkah untuk memperlahankan gelombang Omicron. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan penularan jangkitan COVID-19 menerusi varian Omicron yang berasal dari Afrika Selatan sememangnya tidak dapat dielakkan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan kini sedang berusaha memperlahankan gelombang penularan jangkitan COVID-19, bagi mengelak pelaksanaan langkah kawalan sekatan secara drastik.

Justeru jelas Khairy, beberapa langkah wajar diambil, termasuk dengan melakukan saringan secara berkala khususnya jika ingin mengadakan pertemuan dengan ahli keluarga lain.

“Omicron tidak dapat dielakkan. Saya ingin cuba memperlahankan gelombang (Omicron) yang bakal tiba, dengan sebaik mungkin.

“Ini supaya kita tidak perlu mengambil keputusan melaksanakan langkah drastik yang bakal menjejaskan ekonomi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menarik perhatian, Khairy juga menasihatkan orang ramai yang ingin menyambut ambang tahun baharu 2022, supaya lebih berhati-hati ketika menyertai aktiviti sosial bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

“Lima saranan ingin diberikan KKM ialah lakukan ujian kendiri sebelum berkumpul, elak daripada menyertai aktiviti jika tidak sihat serta buka tingkap dan pintu untuk pengudaraan yang baik.

“Turut digalakkan ialah mengadakan aktiviti di luar rumah dan sentiasa pakai pelitup muka serta hanya tanggalkan ketika waktu makan atau minum,” tegasnya.

Terdahulu, KKM memaklumkan, sebanyak 62 kes COVID-19 varian Omicron dikesan di Malaysia, dengan 61 kes adalah jangkitan import dari luar negara, manakala satu kes lagi masih dalam siasatan yang disyaki jangkitan tempatan.

Kesemua kes jangkitan COVID-19 melibatkan varian Omicron dilaporkan berada di Perak, Sarawak dan Negeri Sembilan. - Getaran, 30 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad