web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Semakin Menurun Setakat Malam Tadi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 7:52AM

Penduduk meredah banjir untuk berpindah ke PPS di Kampung Semangat, Kuantan pada 26 Disember. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 21,544 mangsa banjir daripada 6,563 keluarga dilaporkan masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri setakat malam tadi.

Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 21,846 petang semalam, dengan  kesemua mangsa ditempatkan di 138 PPS di Kelantan, Selangor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.

Di SELANGOR, menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan jumlah mangsa banjir di negeri itu terus menurun kepada 8,644 mangsa di 45 PPS pada malam ini berbanding 8,715 mangsa di 46 PPS pada petang semalam. 

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan pada 6.30 petang, memaklumkan hujan lebat berterusan telah diterima di daerah Hulu Langat selama dua jam.

JPS menasihatkan penduduk di kawasan rendah dan berisiko banjir supaya sentiasa waspada dan mengambil tindakan sewajarnya serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah APM negeri Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor berkata mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 58 individu daripada 19 keluarga berbanding 82 mangsa daripada 26 keluarga petang semalam.

Katanya, sebuah PPS di Sekolah Kebangsaan Dato Undang Abdullah ditutup pada pukul 4 petang semalam menjadikan dua PPS masih beroperasi di Jelebu setakat ini.

Di PAHANG, aplikasi Info Bencana JKM merekodkan sebanyak 12,692 mangsa banjir masih ditempatkan di 90 PPS di enam daerah iaitu Kuantan, Pekan, Maran, Temerloh, Bentong dan Bera malam tadi.

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan hanya dua sungai di Pahang yang berada di paras amaran iaitu Sungai Lipis di Benta dengan trend menaik manakala Sungai Kundang di Maran dengan trend menurun.

Dalam pada itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan hampir semua laluan sudah dibuka, kecuali di sembilan lokasi antaranya di Jalan Kuantan-Segamat di Pekan, Jalan Kuala Lipis-Jerantut (Jerantut), Jalan Ulu Dong (Raub), Jalan Bentong-Gua Musang (Lipis) dan Jalan Sungai Lembing (Kuantan).

Jumlah mangsa banjir di KELANTAN mencatatkan penurunan setakat 9 malam ini, apabila 152 orang daripada 46 keluarga berbanding 218 orang daripada 69 keluarga, petang semalam, melibatkan dua PPS yang dibuka kesemuanya di jajahan Pasir Mas.

Dua PPS tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh dan SK Gual Periok.

Menurut portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my, melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di MELAKA masih kekal 26 orang daripada lapan keluarga setakat 8 malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata hanya PPS Sekolah Kebangsaan Penghulu Benteng di Jasin dibuka bagi menempatkan semua mangsa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

2

Semasa 5 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

3

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad