web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Memandu Melawan Arus, Wanita Maut Kereta Bertembung Perodua Alza

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2021 9:18PM

Keadaan kereta yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu, awal pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Gara-gara memandu melawan arus, seorang wanita maut manakala dua lagi cedera dalam nahas di Jalan Tuaran Bypass, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa yang memandu Perodua Kancil maut di lokasi apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah Perodua Alza.

Wanita berusia 28 tahun itu dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Menggatal, selepas menyertai sambutan hari lahir rakannya di Suria Inanam.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, Deputi Superintendan (DSP) Jo Ak Hang berkata, siasatan awal mendapati Perodua Alza berkenaan sedang menghala ke Penampang dari arah Tuaran ketika kejadian.

“Pemandu tersebut terkejut apabila mendapati sebuah Perodua Kancil yang dipandu melawan arus sedang menghala ke arahnya, menyebabkan dia tidak sempat mengelak akibat jarak terlalu dekat.

"Pertembungan itu menyebabkan dia dan dua penumpang Perodua Kancil mengalami kecederaan.

“Mangsa yang maut dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth 1 untuk bedah siasat, dan sampel darah juga akan diambil bagi membolehkan analisis alkohol dilakukan Jabatan Kimia,” katanya.

Jo Ak Hang berkata, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan untuk tampil membantu siasatan," katanya. – Getaran, 22 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Semasa 2 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad