web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Sungai Batu, Penceroboh Bakal Dapat Tanah?

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2021 2:21PM

Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar Bernama

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Penceroboh yang menetap secara haram di sekitar kawasan Tapak Arkeologi Sungai Batu (TASB) sejak 2008 bukan sahaja tidak akan dipindahkan, malah mereka bakal diberikan hak guna tanah oleh kerajaan negeri Kedah.

Langkah yang meraih persoalan ramai ini nampaknya adalah penyelesaian dicadangkan  Menteri Besar (MB) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkenaan kontroversi pencerobohan isu sempadan di tapak tinggalan artifak purba yang dinobatkan sebagai kawasan tamadun tertua di dunia pada 2016.

“Kerja-kerja membuat lot-lot tapak rumah sedang diusahakan oleh Pegawai Daerah dan ia akan memberi manfaat kepada ratusan keluarga miskin di kawasan terbabit, untuk memiliki tapak rumah seluas lebih kurang 3,000 kaki persegi setiap keluarga.

“Syaratnya jangan beri kepada orang kaya atau yang sudah ada rumah dan tanah!” jelas Sanusi melalui satu kenyataan media di laman Facebooknya semalam.

TASB sebelum ini diwartakan sebagai kawasan warisan kebangsaan pada 28 November 2017, susulan penemuan peninggalan artifak purba yang wujud seawal tahun 788 Sebelum Masihi oleh pengkaji dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2007.

Sebanyak 97 tapak yang mempunyai struktur artifak telah ditanda pada tahun 2008, dengan 57 daripadanya digali dan dibuka sehingga 2021.

Meskipun cadangan Sanusi dikatakan mampu memberi manfaat kepada kepada ratusan keluarga miskin, sumber Getaran memberitahu, penempatan haram terbabit hanya mempunyai 20 buah rumah dan satu maahad tahfiz.

Pada 23 November 2019, kerajaan negeri di bawah pimpinan MB pada masa itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dilaporkan telah memulakan proses pemindahan penempatan haram berkenaan selepas menerima desakan dari pelbagai pihak termasuk Sanusi sendiri.

Bantuan terhadap keluarga miskin itu jelas Sanusi lagi, sama penting dengan usaha menggali sejarah dan tamadun bangsa silam.

“Terdapat lebih kurang 74 ekar tanah kerajaan yang telah didiami oleh penduduk sekitar secara tidak sah. Mereka bukan orang berada yang boleh berpindah serta-merta.

“Satu mesyuarat akan diadakan pada hari Ahad, 7 Mac 2021 yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerjaan Negeri (Pembangunan) Datuk Norizan Ghazali untuk membincangkan isu ini dan kami berharap diberi masa yang secukupnya untuk berusaha dari semua sudut, supaya usaha melonjakkan tapak tamadun ini sebagai telaga ilmu dan kebijasanaan warisan Kedah Darul Aman dapat dijayakan,” kata Sanusi. - Getaran, 6 Mac 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ceroboh Masuk Kaunter Stesen MRT, Penganggur Dipenjara 2 Bulan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ceroboh Rumah MB Selangor: Kertas Siasatan Dirujuk Kepada Pendakwaan Hari Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

M'sia - Vietnam Setuju Tingkat Kerjasama Tangani Penangkapan Ikan Secara Haram

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar