web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Terkandas Atas Bumbung Surau, Mana Bantuan Pihak Berkuasa?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2021 11:43AM

Tular video menunjukkan orang ramai terpaksa mendapatkan perlindungan dengan berteduh di atas bumbung di sebuah surau di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, selepas kawasan berkenaan dinaiki air. - Gambar dari twitter @meejforshort

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hujan yang berterusan sejak kelmarin turut menyebabkan Taman Sri Nanding dekat Hulu Langat dilanda banjir.

Menerusi sebuah video yang tular di Twitter awal pagi tadi, ramai mangsa dilihat terkandas di atas bumbung sebuah surau dekat kawasan terbabit sejak malam tadi.

Lebih menyedihkan, sejumlah besar mereka turut menggigil kesejukan selepas berusaha menyelamatkan diri dalam keadaan sehelai sepinggang. 

Video berdurasi 13 saat yang dikongsi pemilik Twitter @Meejforshort itu juga mendakwa, kesemua mangsa masih belum menerima sebarang bantuan.

“Dari malam sampai pagi tak dapat lagi bantuan. Minta tolong ada Orang Kelainan Upaya (OKU), baby semua dah kesejukan,” katanya.

Perkongsian itu mendapat lebih 9,000 ulang kicau dan 3,250 tanda suka di kalangan warganet.

Menurut Meejforshort, video tersebut diperoleh daripada perkongsian seorang individu di Facebook, bagi memohon bantuan orang ramai untuk menyelamatkan mereka yang terkandas.

“Saya cuba bantu panjangkan dari Facebook Puteri Nadia Natasha. Dia post sejam tadi dan 30 minit tadi masih lagi di atas bumbung tunggu bantuan.

“Dan ada yang tergelincir dari bumbung tu. Saya masih tunggu informasi dari beliau sama ada bantuan dah sampai atau belum,” katanya.

Perkongsian itu turut mengundang sedih dan simpati netizen yang turut mendoakan agar bantuan segera tiba ke lokasi terjejas.

“Harap Allah memberkati kalian dan menggantikan yang lebih baik untuk kalian. Harapnya juga bantuan sampai segera. Koyak mat tengok ramai lagi terkandas atas bumbung,” kata Muhdafifiazri.

“Ya Allah kesiannya. Moga Allah permudahkan urusan kita semua,” kata Edd.

“Nangis aku tengok ni, selamatkanlah semuanya ya Allah,” kata Farahhzainal.

Susulan video yang tular itu tanda pagar #DaruratBanjir menjadi trending di platform media sosial itu.

Rata-rata netizen kecewa kerana bantuan lambat dihulurkan kepada mangsa terjejas di kawasan terbabit.

“Perdana Menteri tolong lakukan sesuatu. Astaghfirullah,”kata Najjihah.

“Weh ya Allah dari semalam tunggu bantuan, mana kerajaan kata nak bantu?,” soal Maiixhmd. - Getaran, 19 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

3

Semasa 4 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad