web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPDNHEP Jamin Musim Tengkujuh Tak Jejas Bekalan Barangan Keperluan Asas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 7:26PM

Azman (dua dari kanan) melakukan pemeriksaan SKHKM dan meninjau program jualan Keluarga Malaysia di Kuantan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Bekalan barangan keperluan asas dijamin tidak berdepan masalah sepanjang musim tengkujuh yang sudah mula melanda kawasan Pantai Timur sejak kelmarin.

Jaminan itu diberikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang sudah membenarkan peniaga menyimpan stok melebihi 30 peratus daripada jumlah simpanan asal sebelum ini. 

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, bekalan seperti gula, beras, minyak masak dan lampin pakai buang untuk jualan tidak terjejas dan mencukupi ketika ini, malah stok dimiliki peniaga seperti pasar raya juga mampu memenuhi permintaan pelanggan sepanjang musim tengkujuh. 

“Untuk bekalan barangan keperluan asas yang di bawah bidang kuasa kami (KPDNHEP), tidak ada masalah kerana mereka (peniaga) sudah mempunyai stok diperlukan. 

“Kalau macam (bekalan) ikan atau sayuran, itu kena tanya pihak berkaitan, mereka mungkin mempunyai kaedah penghantaran yang sesuai bagi menghantar bekalan kepada peniaga atau pelanggan untuk memastikan tidak berlaku masalah (bekalan terputus) jika banjir,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan pemeriksaan Ops Menu dan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) di sini, hari ini. 

Azman (tiga dari kiri) melakukan pemeriksaan bekalan minyak masak di sebuah pasar raya di Kuantan, di sini, hari ini.
Azman (tiga dari kiri) melakukan pemeriksaan bekalan minyak masak di sebuah pasar raya di Kuantan, di sini, hari ini.

Azman berkata, proses pemantauan secara berterusan dilakukan pegawai dan anggota penguat kuasa dari KPDNHEP bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga ketika musim tengkujuh. 

Katanya, pemeriksaan berterusan turut dilakukan di kedai makan melalui Ops Menu bagi memantau peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga makanan berikutan sektor pelancongan kembali bernafas selepas kira-kira setahun tidak beroperasi. 

“Untuk operasi di kawasan tumpuan pelancong ini, memang kita tetap lakukan seperti biasa kerana kita faham ramai yang sudah boleh keluar (melancong) dan mungkin ada segelintir peniaga (kedai makan) mengambil kesempatan dengan menaikkan harga,” katanya. 

Sementara itu, mengulas mengenai program jualan Keluarga Malaysia yang bermula serentak di seluruh negara hari ini, Azman berkata, ia akan dilaksanakan sehingga Februari tahun depan. 

Katanya, program itu membabitkan 222 Parlimen dan terpulang kepada Ahli Parlimen untuk menetapkan tarikh jualan di kawasan masing-masing.

“Ada kawasan yang buat tiap minggu macam di Pahang, ada yang buat tiap dua minggu sekali dan kita hanya memberikan kerjasama untuk memastikan matlamat utama untuk membantu golongan B40 dicapai,” katanya. - Getaran, 18 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

3

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

4

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

5

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

6

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 5 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 minit yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar