web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kekal Umur Minimum Perkahwinan 16 Tahun Perjudi Masa Depan Kanak-Kanak - SIS

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2021 3:55PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan menetapkan bahawa tiada keperluan untuk menaikkan had umur perkahwinan minimum bagi perempuan beragama Islam kepada 18 tahun, menerima kecaman Sisters In Islam (SIS).

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak wanita Islam itu berpendapat, keputusan terbabit mencetuskan persoalan, apakah kerajaan ingin memperjudikan masa depan kanak-kanak dan generasi muda Malaysia dengan tidak menjaga kebajikan mereka apabila membenarkan perkahwinan kanak-kanak terus berlaku.

Menurut jurucakap SIS, kerajaan patut berusaha untuk memastikan kesihatan, pendidikan, keselamatan dan kebajikan semua kanak-kanak di Malaysia adalah terjamin, seiring dengan usaha menganjakkan pemikiran rakyat bahawa perkahwinan kanak-kanak adalah perbuatan tidak bertanggungjawab, malah membawa kepada kehancuran masa hadapan golongan berkenaan.

“Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berhubung keputusan itu menunjukkan beliau tidak membaca dan atau peka bahawa Malaysia sudah menandatangani Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Perempuan (CEDAW) pada 1995 dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) pada 1994.

“Konvensyen ini ditandatangani untuk menjamin dan melindungi kebajikan perempuan serta kanak-kanak di Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Semalam, Idris ketika Sesi Pertanyaan Menteri ketika Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat berkata, kerajaan menetapkan bahawa tiada keperluan untuk meminda had umur minimum perkahwinan bagi perempuan Islam daripada 16 tahun ke 18 tahun setakat ini.

Keputusan itu ditetapkan melalui Mesyuarat Sekretariat Dasar Perundangan Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Bilangan 1/2021 pada 22 September lalu.

Penetapan tersebut turut mengambil kira maklum balas dan pandangan diterima daripada kebanyakan negeri, yang pada dasarnya bersetuju mengekalkan had umur sedia ada, sebagaimana termaktub dalam undang-undang keluarga Islam di negeri masing-masing.

Menurut SIS, pada Mei 2021, Malaysia berada pada kedudukan 112 daripada 156 negara dalam Indeks Jurang Gender Global 2021 dan tangga tercorot untuk negara ASEAN.

Jelasnya, Myanmar, Kemboja, Indonesia dan Vietnam berada pada kedudukan lebih baik berbanding Malaysia, iaitu masing-masing di kedudukan 109, 103, 99 dan 87.

Jurucakap itu berkata, sekiranya perkara itu tidak ditangani secara serius, Malaysia akan jauh terkebelakang dalam mencapai kesaksamaan gender dan merapatkan Indeks Jurang Gender pada peringkat global.

Kebanyakan negara ASEAN juga, katanya, sudah menaikkan had umur minima perkahwinan bagi perempuan dan lelaki, antaranya Kemboja yang mengharamkan perkahwinan kanak-kanak sehingga mencapai usia 18 tahun.

Indonesia pula jelas beliau, menaikkan had umur minima perkahwinan daripada 16 tahun ke 19 tahun bagi perempuan, Vietnam (18 tahun perempuan dan 20 tahun lelaki), Thailand (20 tahun perempuan dan lelaki), manakala Laos, Myanmar, Filipina, Singapura serta Thailand, menetapkan 18 tahun untuk perempuan dan lelaki.

“Beberapa negara Islam turut berbuat demikian, termasuk Bangladesh yang menetapkan had umur perkahwinan perempuan adalah 18 tahun dan lelaki 21 tahun serta Pakistan pula menghadkan umur perkahwinan perempuan dan lelaki pada 18 tahun.

“Secara umumnya, kanak-kanak perempuan harus dilindungi dan dititikberatkan bagi isu membabitkan pendidikan, kesihatan dan pekerjaan agar mereka dapat mencapai potensi diri serta menjalani kehidupan lebih baik,” katanya.

Kerajaan juga, katanya, diminta komited dan mengambil serius dalam memenuhi 17 perkara yang terkandung dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

“Salah satunya adalah Matlamat Kelima, iaitu mencapai kesaksamaan gender dan memperkasa perempuan serta kanak-kanak perempuan.

“Antara tujuan Matlamat Kelima ini adalah menghentikan segala bentuk diskriminasi di mana sahaja, menghapuskan segala bentuk keganasan di ruang awam dan peribadi serta menghapuskan semua amalan berbahaya seperti perkahwinan kanak-kanak, kahwin paksa dan juga sunat perempuan terhadap perempuan dan kanak-kanak perempuan, termasuklah pemerdagangan dan eksploitasi seksual,” katanya. - Getaran, 17 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

PRU-15: Calon Termuda 23 Tahun, Dr Mahathir Kekal Calon Paling Tua 97 Tahun

2

TARA 3 tahun yang lalu

5 Sebab Kenapa Terdapat Caruman Hibah Takaful Murah

3

TARA 4 tahun yang lalu

Perkahwinan Bawah Umur, Apakah Kesan Kesihatannya?

4

TARA 4 tahun yang lalu

5 Faktor Yang Tingkatkan Risiko Diabetes

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

3

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

4

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

5

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

6

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad