Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Sebab Kenapa Terdapat Caruman Hibah Takaful Murah

Caruman hibah takaful adalah penting untuk diambil sebagai perlindungan masa hadapan. Namun ketahuilah beberapa perkara mengapa terdapat caruman yang ditawarkan murah dari segi jumlah dan pembayaran bulanannya.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 2:05PM

Kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia berkenaan hibah takaful kini dilihat semakin diambil perhatian terhadap kepentingannya. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mencari yang terbaik itu adalah impian semua. Kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia berkenaan hibah takaful kini dilihat semakin diambil perhatian terhadap kepentingannya. 

Hibah takaful merupakan pelan insurans nyawa berlandaskan patuh syariah dan mempunyai akta yang telah dikuatkuasakan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. 

Prosesnya akan diimplementasikan sekiranya berlaku musibah yang melibatkan kematian, cacat kekal, kemalangan dan seumpamanya. Maka, pemberian wang secara sekali gus akan diberikan mengikut jumlah nilai perlindungan yang diambil. 

Tambahan lagi, pampasan tersebut akan disalurkan kepada penama hibah tanpa melalui sebarang proses pembahagian faraid.

Kini, Malaysia mempunyai 15 syarikat takaful operator yang patuh syariah telah didaftarkan seperti AIA Public, Etika Family dan banyak lagi. 

Akan tetapi mengapa terdapat segelintir pencarum ditawarkan dengan harga yang lebih murah untuk bayaran pelan perlindungan mereka?

Segmen Refleksi hari ini berkongsi lima sebab kenapa harga hibah takaful menjadi murah.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Tempoh Perlindungan

Antara faktor yang memainkan peranan plan hibah takaful menjadi sangat murah adalah kerana tempoh perlindungan yang ditawarkan agak singkat. Boleh jadi pelan tersebut hanya memberi perlindungan selama 10 tahun sahaja atau ada juga sehingga umur pencarum mencecah 60 tahun. 

Namun mengikut laporan dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) di bawah penerbitan Jadual Hayat Ringkas Malaysia 2019-2021, purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah sehingga umur 75 tahun. 

Jadi anda boleh bayangkan jika hibah takaful anda hanya melindungi sebelum umur ini dan apakah solusinya? Anda perlu tahu dan faham bahawa setiap caruman mempunyai sistem pembayaran sambungan automatik. 

Sebagai contoh seorang lelaki berumur 30 tahun dan tidak merokok mengambil perlindungan pelan hibah takaful bernilai RM500,000. 

Jadi pembayaran bulanannya hanya RM100 dan dilindungi selama 20 tahun sahaja. Apabila umurnya masuk 51 tahun dan tempohnya telah habis, kebiasaannya syarikat takaful akan memberi 3 bulan notis pemberitahuan. 

Jadi sistem ini akan diguna pakai dan perlindungan tersebut boleh diteruskan sehingga umur 100 tahun walaupun sudah mempunyai penyakit yang sedia ada. 

Namun perlu diingatkan, bayaran bulanannya juga akan berubah mengikut keadaan semasa dan ia perlu dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Nilai Tunai

Nilai Tunai adalah salah satu bentuk simpanan yang merujuk kepada sejumlah wang yang boleh dikeluarkan apabila sudah tiba tempoh matang. Secara asasnya, jika pakej hibah takaful yang tiada manfaat simpanan di dalamnya, ia sememangnya akan menjadi sangat murah.

Bagi sesetengah individu yang mengambil pakej hibah sebegini, mereka lebih mementingkan komitmen bayaran bulanan yang rendah.

Namun, cuba bayangkan jika anda mencarum pada umur 27 hingga 60 tahun dan bayaran bulanannya ialah RM100 tanpa simpanan, jumlah terkumpul yang telah dibayar sudah menjadi RM39,000. 

Jadi, tiada wang lebihan yang boleh digunakan sejurus sahaja tamat tempoh perlindungan tersebut namun ia bergantung juga pada pilihan masing-masing.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Manfaat Yang Dipilih

Secara dasarnya, penentuan harga pelan bergantung kepada manfaat yang dipilih untuk dicarumkan. Di sini terdapat dua pilihan yang menjadikan bayaran perlindungan anda menjadi murah.

Pertama, jumlah wang yang ditetapkan terhadap manfaat yang dipilih rendah nilainya. Sebagai contoh pelan yang anda carumkan untuk setiap pampasan hanya RM50,000. Jadinya, bayaran bulanan akan lebih murah berbanding pencarum yang meletakan harga setinggi RM100,000. 

Kedua, kuantiti manfaat perlindungan yang dipilih sedikit seperti pampasan untuk kematian dan kecacatan sahaja. Oleh itu, ia menjadi murah kerana pencarum hanya perlu bayar untuk dua jenis manfaat sahaja.

Contoh iklan hibah takaful yang banyak terdapat di media sosial - Gambar media sosial
Contoh iklan hibah takaful yang banyak terdapat di media sosial - Gambar media sosial

Iklan

Pelbagai alternatif digunakan oleh ejen untuk menarik perhatian bakal prospek dan berinteraksi kepada iklan yang dipaparkan. 

Lazimnya, iklan di media sosial akan mengambil contoh umur atau perlindungan paling minimum dan ini adalah penyebab pencarum merasakan pelan yang ditawarkan murah. 

Bagaimanapun, apabila anda bertemu ejen untuk membincangkan tentang harga tersebut, lain pula nilai harga yang ditawarkan. 

Ketahuilah bahawa iklan tersebut hanyalah untuk penyebaran maklumat berkenaan hibah dan harga bagi setiap pelan perlindungan bergantung kepada keadaan semasa setiap individu yang mencarum.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Umur, Pekerjaan Dan Merokok

Tiga perkara ini menjadi sinonim dalam penentuan bayaran hibah takaful anda. Secara asasnya umur yang lebih muda akan lebih murah berbanding individu yang sudah berusia.

Kemudian, deskripsi pekerjaan yang kurang berisiko akan lebih murah kerana kebarangkalian untuk berlaku musibah lebih rendah. 

Akhir sekali ialah tabiat iaitu merokok dan vape. Bagi golongan yang tidak menghisap bahan tersebut pastinya akan mendapat harga yang lebih rendah kerana ia dapat menjamin tahap kesihatan yang lebih baik berbanding individu yang mengambil atau menghisapnya.

Wan Azraei Wan Shamsudin - Gambar ihsan Wan Azraei
Wan Azraei Wan Shamsudin - Gambar ihsan Wan Azraei

Sudah berkecimpung lebih daripada lapan tahun dalam industri takaful,  Wan Azraei Wan Shamsudin yang juga seorang perunding kewangan berkata, rakyat Malaysia seharusnya mengambil peluang untuk mencarum hibah di usia muda sekurang-kurangnya satu caruman untuk satu individu.

“Ia pastinya dapat membantu dalam kehidupan di masa depan. Apa yang paling penting adalah ketahui apa jenis manfaat yang mahu diambil dan ikut kemampuan masing-masing. 

“Bermula dengan caruman yang sedikit pun tidak mengapa, setelah mempunyai kemampuan, nilai tersebut boleh ditingkat secara-perlahan-lahan,” katanya. - Getaran, 7 Ogos 2022

Isu Pada

Cantik Di Mata, Memikat Selera

06 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Kedah Catat Jumlah Tertinggi Penyakit Berkaitan Strok Haba

2

Selebriti 11 bulan yang lalu

Terpaksa Rahsiakan Penyakit Kerana Takut Hilang Job – Fazley Yaakob Anggap Ayat Ini Terlalu Pedih Untuk Ditelan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Seramai 43,019 Pelajar Sekolah Menengah Dikesan Merokok

4

Politik 1 tahun yang lalu

Kenyataan Presiden PAS Hanya Perang Saraf, Beliau Belum Pulih Penyakit…

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi