web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kedai Mamak Berdepan Kekurangan Pekerja, Rakyat Tempatan Lebih Minat Kerja ‘Glamour’

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2021 3:02PM

Tawaran insentif seperti gaji yang berbaloi gagal menarik rakyat tempatan untuk bekerja di restoran mamak. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Restoran mamak sememangnya menjadi premis pilihan orang ramai untuk menikmati hidangan kerana bukan sahaja menyajikan sajian enak dan menu pelbagai, tetapi juga menawarkan suasana santai serta layanan mesra.

Baru menjengah ke pintu premis, pelanggan sudah dipelawa duduk dan diambil pesanan, malah tempoh masa menunggu juga seringkali singkat.

Satu sikap pekerja premis itu yang menyenangkan adalah sentiasa bersedia melayan permintaan dan pesanan, walau dipanggil pelanggan sama beberapa kali tanpa merungut atau menunjukkan reaksi kurang baik.

Namun, di sebalik situasi itu, timbul beberapa dakwaan mengatakan prestasi dan layanan diberikan beberapa kedai mamak, semakin tidak bagus.

Mereka mendakwa terpaksa menunggu lama untuk membuat pesanan atau menerima hidangan, dilayan endah tak endah dan beratur panjang kerana servis membungkus makanan untuk dibawa pulang mengambil masa.

Keadaan dialami beberapa kali itu pastinya membuatkan pelanggan mula sakit hati dan memilih untuk tidak kembali ke premis berkenaan, sekali gus menyaksikan pengusaha perniagaan berdepan kekurangan pelanggan serta pendapatan.

Mengulas isu terbabit, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, situasi itu berpunca daripada kekurangan pekerja dihadapi pihak pengusaha memandangkan warga tempatan menolak untuk bekerja di kedai mamak.

Katanya, biarpun PRESMA sudah menganjurkan beberapa program dan menawarkan insentif menarik, warga tempatan masih tidak berminat untuk bekerja di situ.

Jelasnya, tawaran insentif itu termasuk uniform, gaji berbaloi, makanan dan minuman harian, caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Berdasarkan pengalaman dua bulan lalu, kami (PRESMA) ada melaksanakan program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di bawah PERKESO yang menyasarkan lebih 100 pekerja warga tempatan dan kami sewa dewan di Negeri Sembilan serta dua bas untuk membawa pulang individu berminat, tetapi seorang pun tidak hadir.

“Dua minggu sudah, kita ada buat program di Kuala Lumpur dan 17 orang menghadiri temu duga, tetapi sampai sekarang tidak muncul semula tanpa diketahui alasan mereka,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Jawahar Ali berkata, menerusi pemerhatian dirangkumkan, boleh dikatakan kebanyakan warga tempatan lebih berminat bekerja di premis berhawa dingin dan dianggap ‘glamour’ seperti restoran makanan segera serta rangkaian kedai kopi walaupun insentif ditawarkan tidak banyak berbeza, termasuk daripada aspek gaji.

“Kami pun tidak tahu di mana silapnya, malah mungkin minat warga tempatan untuk bekerja di kedai mamak ini jatuh ke pilihan ketujuh atau kelapan,” katanya.

Presiden Pertubuhan Komuniti India Muslim Malaysia, Mohamed Rizdwan Abdul Ghafoor Khan sebelum ini dilaporkan berkata, kekurangan pekerja dalam perniagaan kedai mamak dikhuatiri menjejaskan perkhidmatan kepada pelanggan.

Sejak kebenaran rentas negeri diberikan katanya, kedai mamak menjadi tumpuan pengunjung yang menyebabkan pekerja tidak menang tangan untuk melayan permintaan.

Mohamed Rizdwan berkata, masalah itu bertambah rumit apabila dalam tempoh pandemik, ada pekerja turut menjalankan peranan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sepenuhnya.

“Selain melayan pelanggan, pekerja juga perlu menjalankan tugas untuk memastikan pelanggan mematuhi SOP, seperti mengikuti penjarakan sosial, menilai suhu badan dan mengimbas MySejahtera.

“Semua tuntutan kerja dan kekangan ini menyebabkan pengusaha gusar serta memberi kesan kepada perkhidmatan perniagaan mereka,” katanya. - Getaran, 11 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Kenapa Tiada Wakil MTUC Ke ILC?’ - Solomon

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Chef Wan Kecewa, Mohon Jangan Fitnah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Buruh Bunuh Teman Wanita Terlepas Tali Gantung, Dipenjara 35 Tahun

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Runtuhan Gudang : 3 Pekerja Maut, 2 Parah, 4 Tertimbus - Polis

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar