web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Chef Wan Kecewa, Mohon Jangan Fitnah

Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menjelaskan bahawa beliau tidak masuk campur aspek pengurusan Chef Wan Group of Restaurant (CWGR)

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2024 8:05PM

Chef Wan pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-66 baru-baru ini. gambar Instagram _chefwan58

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Chef Selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan gaji pekerja restoran De. Wan 1958 by Chef Wan dipotong dan terdapat pekerjanya yang ditamatkan perkhidmatan.

Chef Wan yang baru menyambut ulangtahun kelahiran ke-66 yang 6 Januari lalu, turut memaklumkan dia amat terkejut apabila mendapat tahu mengenai isu yang tersebar di platform media sosial TikTok.

Jelas Chef Wan, dia sebenarnya tidak mencampuri aspek berkaitan pengurusan rangkaian restoran Chef Wan Group of Restaurants (CWGR), sebaliknya hanya bertanggungjawab terhadap menu dan hidangan yang disajikan. 

“Biar saya jelaskan perkara ini. Tanggungjawab saya untuk restoran hanyalah mengendalikan resipi dan kualiti makanan sahaja walaupun saya juga rakan kongsi perniagaan!

“Saya rasa dari awal kolaborasi dengan kumpulan restoran ini, memang saya sudah terangkan secara jujur dan ikhlas. Saya tidak mencampuri urusan operasi, gaji pekerja mahupun urusan pengambilan dan pemecatan pekerja,” ulas Chef Wan.

Biarpun begitu, Chef Wan menafikan khabar angin tersebut dan menjelaskan keputusan pihak pengurusan mengambil tindakan memberhentikan dan memotong gaji pekerja adalah kerana masalah disiplin.

“Jadi semalam, saya telah meminta penjelasan daripada rakan perniagaan dan pengurus besar, kerana ia melibatkan nama saya yg tidak berdosa ini.

“Saya telah diberitahu bahawa segala yang diperkatakan itu tidak betul,” katanya.

Menurut Chef Wan, rakan kongsi perniagaannya menjelaskan, ada pekerja diberhentikan atau dipotong gaji kerana kurang kemahiran dan tidak memenuhi standard ditetapkan syarikat itu.

Katanya, tindakan itu juga diambil kerana masalah berdisiplin atau didapati menipu syarikat untuk bayaran kerja lebih masa dan sebagainya, hasil daripada siasatan yang dilakukan oleh pihak pengurusan.

“Jadi beberapa pekerja ini tidak berpuas hati dan meletak jawatan. Ada pulak asyik nak bergaduh sehingga menjejaskan kualiti makanan dan perkhidmatan kami. Takkan mereka sampai tak boleh ditegur?

“Takkan sebagai majikan kita nak tunduk kepada perbuatan fitnah atau ugutan mereka? Jadi saya cuba memahami kedua-dua belah pihak kerana saya ingin tahu punca supaya nama saya tak tercalar!” kongsi Chef Wan dalam satu hantaran di akaun Instagramnya. 

Di hujung curahan hatinya itu, Chef juga meminta supaya orang ramai tidak menfitnah dirinya kerana beliau bukanlah seorang yang suka menipu atau menganiaya orang lain.

Jelasnya, sebelum ini beliau juga pernah memberi sumbangan peribadi kepada badan amal untuk membantu mereka yang memerlukan.

Dalam perkembangan yang sama, pihak pengurusan CWGR juga telah tampil memberi penjelasan mengenai perkara sebenar yang berlaku. – Getaran, 15 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Kenapa Tiada Wakil MTUC Ke ILC?’ - Solomon

2

Selera 1 tahun yang lalu

Mana Mau Makan Pan Mi Halal?

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahu Bina Rumah Sendiri? Pastikan Anda Ambil Kira Semua Faktor!

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang