web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perang Mulut MB Pahang-Pembangkang Isu Musang King

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2021 7:39PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Sesi petang sidang dewan undangan negeri (DUN) Pahang panas seketika apabila Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui menyelar tindakan kerajaan negeri memusnahkan kira-kira 15,000 pokok durian Musang King di Hutan Simpan Batu Talam, dekat Raub, Julai lalu.

Persidangan memasuki hari ketiga itu mula tegang apabila Yu Hui (DAP) ketika sesi perbahasan Bajet 2022 Pahang, mempersoalkan tindakan kerajaan negeri dan menyifatkan ia sebagai menganiaya pekebun durian terbabit.

“Tindakan kerajaan Pahang mengakibatkan pekebun durian berkenaan kehilangan punca pendapatan sekelip mata.

“Pokok ini (durian Musang King) sudah diteroka selama 20 tahun, bukan satu tahun atau dua tahun dan mereka (pekebun) berusaha antara 10 hingga 20 tahun sebelum memperoleh hasil,” katanya yang turut menyifatkan tindakan kerajaan negeri sebagai tidak berperikemanusiaan memandangkan pekebun terbabit dalam kesukaran susulan pandemik COVID-19.

Yu Hui turut memaklumkan, pekebun berkenaan pernah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan geran atau lesen, namun sering ditolak pihak berkuasa.

“Mereka (pekebun) ada mohon geran untuk menanam tetapi ia sentiasa ditolak dan pihak berkuasa memang tahu mereka ini menanam (durian Musang King) di sana, kenapa tidak ambil tindakan sejak awal lagi,” katanya.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika mencelah perbahasan ADUN Tras itu menjelaskan, aktiviti penanaman durian di kawasan berkenaan dilakukan dalam hutan simpan dan diteroka secara haram.

“Kalau ikut peruntukan undang-undang, memang tidak boleh diteroka atau ditanam dalam kawasan hutan simpan.

“Kalau hendak tunggu buah tiada, sampai kiamat tidak boleh tebang pokok, sebab dia (pokok durian) berbuah berfasa-fasa.

“Pekebun sepatunya berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana membenarkan mereka menanam selama 22 tahun, tanpa bayar cukai.

“Jadi makna yang dikatakan satu penganiayaan itu tidak tepat sama sekali kerana mereka (pekebun) bukan untuk cari makan, sebaliknya mereka berniaga. Kalau tanam lepas itu durian jual kemudian beli beras, itu baru kita kata cari makan. Ramai (pekebun durian) dikenakan cukai pendapatan bukan RM1, tetapi berjuta-juta,” tegasnya.

Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail

Wan Rosdy turut mencadangkan supaya ADUN pembangkang bersetuju dan menyokong tindakan kerajaan negeri dalam membanteras isu pencerobohan tanah haram ini khususnya di kawasan hutan simpan.

“Kita sebagai kerajaan pada hari ini kita dengar orang bercakap ‘kalau hendak tanam durian, lombong haram, curi pasir sila pergi ke Pahang’ dan cakap seperti ini menjejaskan imej Pahang, seolah-olah kerajaan negeri membiarkan perkara itu berlaku,” katanya.

Yu Hui kemudiannya membangkitkan tindakan kerajaan Pahang memajak 1,213 hektar hutan simpan kepada Royal Pahang Durian pada tahun 2018 bagi tujuan menanam durian, sedangkan ia adalah kawasan tadahan air dan habitat spesies terancam, Harimau Malaya.

“Mengapa kerajaan negeri ‘double standard’ dalam perkara pajakan tanah untuk tanaman durian ini? Adakah ini satu sikap yang hipokrit,” soalnya.

Wan Rosdy yang sekali lagi mencelah ucapan perbahasan Yu Hui memaklumkan kerajaan negeri sentiasa meningkatkan pewartaan kawasan hutan setiap tahun.

“Sekarang hampir 6,000 hektar (kawasan hutan) diwartakan dan ia akan meningkat setiap tahun,” katanya.

Ketegangan membabitkan isu durian Musang King itu bagaimanapun berakhir selepas Timbalan Speaker DUN, Datuk Seri Mohamed Jaafar meminta Yu Hui tidak meneruskan perbahasan membabitkan topik tersebut. - Getaran, 8 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad