web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


8,669 Insiden Keselamatan Sekuriti Dilaporkan Di Malaysia Sehingga November

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2021 8:30AM

Zahidi Zainul pada sidang media selepas menghadiri Pertandingan Akhir Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan-Piala Cabaran Cybersafe (NICTSED-2021) semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah 8,669 kes insiden keselamatan siber telah dilaporkan ke pusat panggilan Cyber999 dari Januari ke November  tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin.

“Tiga kes tertinggi dilaporkan adalah penipuan (6,737 kes), pencerobohan, (1,354) dan kod berbahaya (578),” katanya dalam ucapannya di Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan - Piala Cabaran CyberSAFE (NICTSeD) 2021 semalam.

Oleh sebab itu beliau berkata, tahap kesedaran orang ramai dalam ‘Keluarga Malaysia’ perlu dipertingkatkan lagi, kerana masih ramai yang menjadi mangsa terhadap ancaman siber.

“Isu berkaitan etika, tanggungjawab dan pengunaan internet yang positif telah menjadi kritikal terutamanya kepada generasi muda kita.

“Terdapat keperluan mendesak dalam memastikan mereka diajarkan untuk menjadi pengguna internet yang selamat, beretika dan bertanggungjawab dalam menggunakan internet secara positif,” katanya.

Zahidi berkata, dalam masa Keluarga Malaysia mengamalkan gaya hidup digital, etika siber iaitu satu kod tingkah laku bertanggungjawab dalam internet dan gaya hidup yang positif dalam penggunaan Internet akan menjadi satu keperluan.

“Mendidik warga digital mengenai etika penggunaan teknologi digital telah menjadi sebahagian daripada apa yang boleh dilakukan untuk menjadikan sebuah keluarga bahagian selamat secara dalam talian,” katanya.

Sementara itu acara semalam menyaksikan piala cabaran itu dimenangi SMK Sultan Abu Bakar, Pahang sebagai juara keseluruhan dengan membawa pulang wang tunai RM5,000, piala dan plak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Cybersecurity, Satisguard Meterai MoU, Perkukuh Keselamatan Siber Di Malaysia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

JPDP Siasat Dakwaan Laman Misi Rakyat Digodam

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Akta Perlindungan Data Peribadi Perlu Dipinda, Elak Data Diguna Untuk Penipuan - Fahmi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerjasama Keselamatan Siber Antarabangsa Satu Keperluan Mendesak - Fahmi

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad