web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes SRC: Najib Gagal Hadir, Mahkamah Beri Kata Dua

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2021 12:33PM

Najib gagal menghadirkan diri ke prosiding hari ini. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menegaskan ia boleh mengeluarkan waran tangkap kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dibawa ke mahkamah berikutan kegagalan bekas perdana menteri  itu hadir pada prosiding permohonan beliau untuk memasukkan bukti baharu dalam rayuan sabitan kes SRC International Sdn Bhd, hari ini.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang mempengerusikan panel tiga hakim berkata mahkamah mempunyai dua pilihan sama ada untuk membatalkan wang ikat jamin dan mengeluarkan waran tangkap ke atas Najib untuk dibawa ke mahkamah serta-merta atau mengadakan prosiding secara dalam talian (online).

“Kami bagi dua pilihan, pertama, kami boleh membatalkan jaminan dan wang jaminan boleh dirampas. Kami akan mengeluarkan waran tangkap dan menangkap Najib serta-merta dan dibawa ke mahkamah.

“Pilihan kedua, mengikut Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (COJA), mengadakan prosiding melalui online tanpa mendapatkan persetujuan kedua belah pihak.

“Kami ada pengalaman prosiding dijalankan melalui online walaupun pihak-pihak  berada di United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun. Ini kan pula di Malaysia,” kata kata Hakim Abdul Karim yang bersidang bersama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Hakim Abdul Karim juga memutuskan untuk meneruskan prosiding keputusan rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman berhubung penyelewengan dana SRC, yang ditetapkan esok.

Terdahulu, peguam Harvinder Singh Sidhu yang mewakili Najib, memohon prosiding hari ini dan esok ditangguhkan berikutan peguam pasukan pembelaan menjadi kontak kasual kepada anak peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah iaitu Muhammad Farhan yang disahkan positif COVID-19.

“Saya mahu kamu maklumkan kepada pihak peguam yang mereka boleh bekerja dari rumah. Esok tetap esok, kami belum buat keputusan untuk tangguh. Kita dengar permohonan (memasukkan bukti baharu) hari ini. Ia (esok) hanya untuk keputusan, semua hujahan sudah tamat enam bulan lalu.

“Ini adalah arahan saya, kes hari ini akan didengar pada jam 12.30 tengah hari ini. Saya akan putuskan dengan sewajarnya hari ini,” kata Hakim Abdul Karim.

Pada 1 Disember lepas, Najib memfailkan permohonan itu memohon Mahkamah Rayuan membenarkan dan mengarahkan agar keterangan viva voce (lisan) diambil daripada bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki, Pegawai Penyiasat SPRM Rosli Hussein, yang merupakan saksi pendakwaan ke-57 dalam kes SRC dan keterangan saksi lain atau apa-apa keterangan tambahan lanjut yang berbangkit.

Najib, 68, berkata beliau membuat permohonan itu susulan siaran akhbar oleh SPRM pada 19 November lepas berhubung aset dana 1MDB antaranya dari Singapura yang menyaksikan kerajaan republik itu telah memulangkan sejumlah US$15.4 juta kepada Malaysia berkaitan akaun Cutting-Edge Industries Ltd (CEIL) milik Datuk Dr Tawfiq Ayman, suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

2

Semasa 21 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

3

Semasa 21 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

4

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar