Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Rosmah Gagal Dalam Permohonan Gugurkan Sri Ram, Batalkan Kes Rasuah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2021 4:29PM

Rosmah Mansor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Datin Seri Rosmah Mansor gagal dalam permohonan untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid RM1.25 bilion di Sarawak yang dihadapinya serta menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwa dalam kes itu.

Ini berikutan keputusan panel tiga hakim hari ini yang diketuai hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hanipah Farikullah yang membenarkan bantahan awal yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan terhadap rayuan Rosmah.

Hakim Hanipah, dalam keputusan sebulat suara berkata panel hakim itu bersetuju dengan hujah pihak pendakwaan bahawa Mahkamah Jenayah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberikan pelepasan pengisytiharan yang dipohon Rosmah selaku perayu.

“Kami berpandangan bahawa pelepasan itu mesti termasuk dalam perkara yang dibenarkan di bawah Kanun Prosedur Jenayah (CPC). Bagaimanapun, tiada sebarang peruntukan di dalam CPC yang memberikan kuasa dan bidang kuasa kepada Mahkamah Tinggi melaksanakan prosedur jenayahnya untuk memberikan perintah pengisytiharan.

“Berdasarkan alasan itu, kami berpendapat bahawa Mahkamah Tinggi dalam menjalankan prosedur jenayah tidak mempunyai bidang kuasa dan kuasa untuk memberikan pengisytiharan yang dipohon perayu.

“Oleh itu, kami membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan dan rayuan perayu ditolak,” katanya sambil menambah bahawa mahkamah tidak boleh meneruskan untuk mendengar merit rayuan itu.

Dua hakim lain dalam panel itu ialah Datuk M Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah.

Panel hakim itu membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujahan Sri Ram dan peguam Datuk Jagjit Singh dan Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah yang mengenakan baju kurung putih dan merah jambu.

Sebelum perbicaraan bermula, Jagjit memohon maaf bagi pihak Rosmah kepada mahkamah kerana tidak hadir di mahkamah pada prosiding Khamis lepas.

“(Kami) mewakili perayu menzahirkan permohonan maaf kepada Yang Ariff atas ketidakhadiranya pada prosiding minggu lepas. Beliau dengan ikhlas hati memohon maaf,” kata peguam itu.

Rosmah, isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 24 September lepa yang menolak permohonannya untuk membatalkan keseluruhan perbicaraan beliau dalam usaha untuk dibebaskan daripada ketiga-tiga pertuduhan dan menggugurkan Sri Ram sebagai ketua pendakwa dalam kes itu.

Rosmah menghadapi pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh RM1.25 bilion projek untuk melengkapkan 369 sekolah di luar bandar Sarawak dengan tenaga solar hibrid.

Pada 4 Oktober, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Rosmah untuk menangguhkan perbicaraan rasuahnya sementara menunggu keputusan rayuan.

Susulan keputusan itu, Rosmah, 69, memberi keterangan sebagai saksi pembelaan semasa perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Tinggi pada 5 Oktober lepas. Perbicaraan dijadual disambung pada 8 Disember. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

2

Semasa 1 hari yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Hadapi 8 Lagi Pertuduhan Baharu

4

Semasa 4 minggu yang lalu

AGC Belum Buat Keputusan Berhubung Representasi Inspektor Sheila Untuk Batal Pertuduhan

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Terumbu Karang Musnah, Jejas Pelancongan Di Pulau Perhentian

oleh Diyana Nawwar

Semasa 8 jam yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

Sukan 1 hari yang lalu

KDA FC Langsai Keseluruhan Tunggakan Gaji Pemain, Pegawai

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Rayuan Pendakwaan Terhadap Keputusan Kes Kematian Zulfarhan Didengar 14 Mei