web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perjuangan Sharifah Hanim Dan Emily Rose Terjawab Jumaat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2021 2:14PM

Sharifah Hanim Zakaria bersama dua anaknya Jude (kiri) dan Luke. - Gambar fail

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumaat ini bakal menjadi momen terpenting buat seorang warga negara Malaysia, yang menetap di London, dalam perjuangan untuk menuntut hak penjagaan anaknya.

Bagaimanapun, wanita terbabit, Sharifah Hanim Zakaria, perlu menjawab dua persoalan dibangkitkan oleh pihak lain yang turut menuntut hak penjagaan anaknya iaitu, Emily Rose Isabela di Mahkamah Keluarga London Timur.

“Ia membabitkan kesihatan mental serta keupayaan kewangannya untuk membesarkan Emily Rose di Malaysia, khususnya dari aspek pendidikan,” kata abang Sharifah Hanim, Zolkarnain kepada Getaran.

Menurut, Zolkarnain, peguam bela adiknya dijangka menjawab pertuduhan tersebut pada hari ini.

Prosiding kes tersebut bermula sejak 22 November lalu.

Zolkarnain juga memaklumkan, Mahkamah Tinggi London akan memulakan prosiding tuntutan hak penjagaan Emily Rose sekiranya keputusan Mahkamah Keluarga London Timur itu tidak memihak kepada wanita berkenaan.

“Pihak peguam bela sudah pun memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi London jika keputusan diputuskan tidak menyebelahi adik saya.

“Bagaimanapun, tarikh prosidingnya masih belum dimuktamadkan kerana bergantung kepada mahkamah rendah,” katanya.

Getaran sebelum ini melaporkan misteri dana kutipan bantuan guaman untuk Emily Rose yang menyepi sejak ia dimulakan September lalu.

Difahamkan, kutipan dana yang dikendalikan dengan bantuan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad tersebut berjaya mengutip sejumlah RM30,000.

Untuk rekod, Mohamad Ali merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dalam Pilihan Raya Negeri Melaka yang berlangsung 20 November lalu.

Jumlah keseluruhan kos guaman yang diperlukan bagi menampung perbelanjaan kes Emily Rose di Mahkamah Tinggi London adalah sebanyak £15 ribu (RM85,000). - Getaran, 1 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 39 minit yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 minit yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad