web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Vaksin Tempatan Dalam Proses Ujian Klinikal - Dr Adham

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2021 7:59AM

Dr Adham hadir pada Program Buletin Bernama di Wisma Bernama, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang dalam proses menjalankan dua ujian klinikal terhadap vaksin yang dihasilkan dalam negara melalui penubuhan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI), kata menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata dua vaksin itu ialah vaksin kanser kepala dan leher atau “nasopharyngeal cancer” dan vaksin kolera, yang masing-masing akan melalui ujian klinikal di United Kingdom dan India, seawal tahun depan.

“Kita juga kini dalam proses pembangunan vaksin COVID-19 yang sedang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dengan kerjasama Universiti Malaya.

Kita yakin dengan adanya MGVI ini, Malaysia mampu menjadi hab pengeluaran vaksin yang dapat digunakan secara domestik dan juga dieksport ke luar negara,” katanya dalam program Malaysia Petang Ini: Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari terbitan Bernama TV di sini, semalam.

Pada 1 November lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) serta MGVI dalam usaha menjadikan negara sebagai antara hab pengeluar vaksin.

“MGVI akan menjadi sebuah badan yang menjalankan koordinasi antara pakar, industri dalam dan luar negara, serta pembangunan bakat yang perlu untuk menjadi tunjang kepada pembangunan vaksin di masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Adham berkata peranti mudah alih saringan COVID-19, i-Breath yang kini memasuki fasa akhir praklinikal dijangka dapat dikomersialkan menjelang Jun tahun depan, selepas melalui ujian klinikal.

“i-Breath akan masuk ke fasa ujian klinikal yang terdiri daripada beberapa fasa dalam tempoh enam bulan, sebelum ia selesai dan boleh dikomersialkan dan dipasarkan.

“Kita harap ada pihak antarabangsa yang akan mendapatkan peranti ini untuk kegunaan mereka kerana kita menyasarkan penggunaan i-Breath ini bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga di peringkat antarabangsa,” katanya.

MOSTI memperuntukkan dana sejumlah RM1.05 juta dalam pembangunan peranti i-Breath dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang boleh mengesan COVID-19 dengan sensitiviti sehingga 93 peratus dengan hanya perlu bernafas menggunakan peranti mudah alih itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad