web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tun M Terbukti Naif Undang-Undang Malaysia - Kamarul Zaman

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2021 3:29PM

Dr. Mahathir Mohamad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat seperti tidak memahami perihal undang-undang di negara ini ketika bercakap mengenai hukuman penjara terhadap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, kenyataan Mahathir dalam “The Rule of Law”, kelmarin jelas mencerminkan bahawa Ahli Parlimen Langkawi itu naif mengenai hukuman penjara.

Menurut beliau, berdasarkan kepada asas-asas yang diberikan menerusi permohonan peguam Najib membuatkan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali memberi keputusan Penggantungan Pelaksanaan kepada Perdana Menteri keenam tersebut pada 28 Julai 2020.

“Masalah utama dengan Tun Dr Mahathir ialah beliau suka bercakap mengenai semua perkara termasuk perkara yang beliau tidak mahir seperti undang-undang dan agama.

“Dalam soal Najib tidak menjalani hukuman penjara dan denda walaupun setelah beliau dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ini, ia bukanlah semata-mata kerana beliau telah membuat rayuan,” katanya hari ini.

Terdahulu, menerusi penulisan bertajuk ‘The Rule of Law’, Dr Mahathir mempersoalkan mengapa Najib tidak menjalani hukuman penjara dan denda walaupun setelah beliau dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lalu.

Beliau mendakwa, hukuman terbabit berkekalan melainkan jika Mahkamah Rayuan memutuskan beliau tidak bersalah.

Dr Kamarul Zaman Yusoff
Dr Kamarul Zaman Yusoff

Mengulas lanjut, Kamarul Zaman memaklumkan, pada 28 Julai tahun lalu, Mohd Nazlan telah memberikan Penggantungan Pelaksanaan yang turut dipohon Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2014.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) berkata, Anwar ketika itu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas pertuduhan salah laku seksual oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014.

“Oleh itu, apa yang berbeza di dalam layanan terhadap Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Najib? Malah, bukan setakat mereka berdua, ramai lagi telah diberikan Penggantungan Pelaksanaan (Stay of Execution) ini.

“Mohon Tun Dr Mahathir hadam betul-betul Kanun Prosedur Jenayah dulu sebelum buat komen dalam hal ini,” katanya. – Getaran, 26 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Dr Mahathir Pecah Belahkan Melayu Dan Negara 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

1MDB: Dokumen Perbankan Tidak Diserah Kepada Pembelaan Kerana Tidak Relevan - Saksi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Persekutuan Berhak Batal Undang-Undang Sivil, Syariah Jika Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad