web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berjaya Tampung Kos Guaman, Ibu Teruskan Tuntut Hak Jagaan Anak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 2:49PM

Sharifah Hanim Zakaria bersama dua anaknya Jude (kiri) dan Luke. - Gambar fail

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perjuangan seorang warga negara Malaysia, yang menetap London, untuk mendapatkan hak jagaan anak perempuannya berjaya diteruskan di Mahkamah Tinggi London.

Ini kerana, wanita terbabit, Sharifah Hanim Zakaria berjaya membayar sebahagian daripada kos guaman bagi tujuan berkenaan di saat akhir.

Anaknya, Emily Rose Isabela yang berumur dua tahun itu merupakan anak ketiga Sharifah Hanim dengan bekas suaminya, Bryan Winnet, sebelum mereka berpisah ketika kanak-kanak tersebut masih dalam kandungan ibunya pada 2018.

Zolkarnain Zakaria, abang kepada Sharifah Hanim berkata, sejumlah £3 ribu (RM18,000) daripada wang kutipan dana yang dijalankan di Malaysia telah dikirim kepada adiknya pada 22 November (Isnin) lalu.

“Alhamdulillah. Duit tersebut sempat dikirim kepada adik saya menerusi kaedah penghantaran wang ‘telegraphic transfer’.

“Jadi, adik saya sempat mengupah peguam untuk memfailkan kesnya di Mahkamah Tinggi London bagi mendapatkan perintah untuk mengetepikan tuntutan daripada pihak penuntut lain yang dibuat di Mahkamah Keluarga London Timur,” katanya.

Menurut Zolkarnain, pendengaran kes berkenaan telah berlangsung semalam (23 November).

“Buat masa ini semua berjalan dengan lancar cuma, pihak keluarga angkat dan Jabatan Kebajikan Sosial London juga sempat menjadi antara pihak yang menuntut hak penjagaan,” katanya kepada Getaran.

Dalam pada itu, perbicaraan tentang hak penjagaan Emily Rose di Mahkamah Keluarga London Timur juga berlangsung semalam dan dijangka selesai 30 November ini.

Dalam prosiding itu, selain ibunya, hak penjagaan kanak-kanak berkenaan turut dituntut oleh tiga pihak lain iaitu bapa kandungnya, Brian Winnet, keluarga angkat dan Jabatan Kebajikan Sosial London.

Terdahulu, Getaran melaporkan tentang misteri dana kutipan bantuan guaman untuk Emily Rose yang menyepi sejak ia dimulakan September lalu.

Adalah difahamkan, kutipan dana yang dikendalikan dengan bantuan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad tersebut berjaya mengutip sejumlah RM30,000.

Untuk rekod, Mohamad Ali merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dalam Pilihan Raya Negeri Melaka yang berlangsung pada 20 November lalu.

Bagaimanapun, beliau tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Dr. Mohd Aleef Yusof dengan majoriti 530 undian.

Jumlah keseluruhan kos guaman yang diperlukan bagi menampung perbelanjaan kes Emily Rose di Mahkamah Tinggi London adalah sebanyak £15 ribu (RM85,000). - Getaran, 24 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rakyat Malaysia Ditahan Di Teluk Guantanamo Selamat Tiba Di Tanah Air - KPN

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Gempa Bumi Di Taiwan - Wisma Putra

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad