web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pegawai TUDM Meninggal Dunia Di Washington

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 8:09AM

Allahyarham Hasnol Hisham Abu Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kol Hasnol Hisham Abu Hassan meninggal dunia di Hospital St Joseph Medical Center Tacoma, Seattle, Washington, Amerika Syarikat pada Sabtu lepas (Malaysia, 21 November).

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam kenyataan malam ini memaklumkan Allahyarham Hasnol Hisham, 50, meninggal dunia pada 10.58 malam waktu Seattle, Washington (2.58 petang Ahad waktu Malaysia) selepas tidak sedarkan diri ketika menghadiri Program 'Airman to Airman Talks (A2ATs)' di Camp Murray Seattle, Washington yang bermula pada 14 hingga 19 November.

"Pada 16 Nov, Allahyarham tiba-tiba tidak sedarkan diri dan telah dikejarkan ke Hospital St Joseph Medical Center Tacoma, Seattle, Washington bagi menerima rawatan dan menjalani pembedahan segera akibat acute type of aortic dissection.

"Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan dan isteri Allahyarham, Rohani Tahir turut berada di sisinya ketika saat akhir beliau,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, jenazah Allahyarham Hasnol Hisham yang merupakan Pengarah Latih di Markas Tentera Udara-Bahagian Sumber Manusia (Latih) akan dikebumikan dengan istiadat pengebumian tradisi ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Covington, Washington pada 24 November, 6.30 pagi waktu Malaysia.

Pengurusan jenazah Allahyarham akan dilaksanakan House of Mercy dan warga muslim Malaysia yang diketuai Kapt Ayub S. Laari, yang turut mengimamkan solat jenazah.

"Bagi urusan pengebumian, pihak Washington Air National Guard melalui Brigedier Jen Gent Welsh telah menawarkan penghormatan untuk memberikan Istiadat Pengebumian Tradisi Ketenteraan kepada Allahyarham dan mengkoordinasi urusan pengebumian dengan dipantau oleh pegawai TUDM.

"Penasihat Pertahanan Malaysia di Amerika Syarikat Brigedier Jen Mohd Fadzil Mohd Diah telah mengkoordinasi dan berbincang dengan pihak Washington Air National Guard agar urusan pengebumian dilaksanakan mengikut tatacara yang sesuai dan sewajarnya," menurut kenyataan itu.

Panglima TUDM Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad dan seluruh warga TUDM merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pengurusan pengebumian jenazah Allahyarham Hasnol Hisham. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar