web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bakar Kereta Pegawai Kastam, 5 Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2021 4:19PM

Anggota Bomba memadamkan kebakaran sebuah kereta milik seorang pegawai Kastam di Taman Pandamaran Permai, Klang, semalam. - Gambar ihsan Bomba Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Lima lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dengan insiden bakar dan simbah cat ke atas kenderaan milik seorang pegawai Kastam di Taman Pandamaran Permai, Klang, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian terbabit dipercayai bermotifkan khianat dan mempunyai kaitan dengan tugas dilakukan pegawai kastam berkenaan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini hari ini.

Menurut beliau, semua suspek yang berusia 30-an itu ditahan di sekitar Klang.

Terdahulu media melaporkan, sebuah kereta jenis Proton X70 milik seorang pegawai kanan kastam musnah dalam kebakaran, dipercayai angkara perbuatan khianat di sebuah pusat mencuci kenderaan di Taman Pandamaran Permai.

Siasatan berdasarkan maklumat awam mendapati, kereta itu sebelum dibakar turut dibaling dengan cat ketika berada di sebuah persimpangan lampu isyarat.

“Susulan insiden, mangsa yang berusia 50-an membawa keretanya untuk dicuci di sebuah pusat mencuci kenderaan sekitar jam 11 pagi semalam,” katanya.

Arjunaidi memberitahu, Proton X70 itu terbakar sehingga 90 peratus dan bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memadamkan kebakaran.

Kebakaran tersebut turut memusnahkan bumbung premis mencuci kenderaan itu, tetapi tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. -Getaran, 19 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 5 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 5 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar