web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


7 Isu Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 Dikenal Pasti

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2021 4:36PM

Wan Junaidi menjawab soalan pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sudah mengenal pasti tujuh isu berkaitan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) untuk diberikan keutamaan dalam proses penambahbaikan peruntukan undang-undang itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, isu berkenaan dikenal pasti menerusi hasil kajian dan penelitian Jawatankuasa Kerja Pindaan Akta 711.

Menurut beliau, banyak pindaan seksyen perlu dilakukan berhubung perkara itu, termasuk membabitkan Seksyen 2, selain Seksyen 6, Seksyen 8 serta Seksyen 11 daripada segi pengurusan.

“Tujuh langkah perlu diambil kira ini masih dalam kajian dan penelitian jawatankuasa kerja pindaan akta terbabit.

“Hasil kajian dan parameter bagi cadangan penambahbaikan Akta 711 dijadual akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada Disember 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, hari ini berhubung cadangan kerajaan untuk mengkaji semula undang-undang melibatkan pemberi maklumat di bawah Akta 711.

Menerusi soalan itu, beliau turut meminta perincian sejauh mana keberkesanan undang-undang berkenaan dalam melindungi pemberi maklumat membabitkan kes salah laku dan rasuah berprofil tinggi.

“Minta Perdana Menteri menjelaskan secara terperinci cadangan mengkaji semula undang-undang berkaitan pemberi maklumat di bawah Akta 711.

“Sejauh mana keberkesanannya melindungi pemberi maklumat dalam kes salah laku dan rasuah berprofil tinggi,” soalnya.

Tujuh penambahbaikan dikenal pasti itu adalah definisi kelakuan tidak wajar di bawah Seksyen 2 Akta 711 kerana terlalu luas dan tidak jelas.

Penambahbaikan kedua dikenal pasti ialah, Akta 711 tidak mengiktiraf mekanisme aduan dalaman diwujudkan sesebuah organisasi ‘bukan agensi penguat kuasa’, untuk diterima sebagai saluran pendedahan kelakuan tidak wajar yang sah.

Selain itu, tiada pengurusan secara berpusat atau pihak berkuasa tunggal yang bertanggungjawab dalam memberi perlindungan kepada pemberi maklumat di Malaysia.

Isu lain adalah terdapat ketidakselarasan Seksyen 6 Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan Seksyen 203A (1) dan (2) Kanun Keseksaan.

Seterusnya, terdapat percanggahan Seksyen 8 dan Seksyen 14 Akta 711, diikuti Seksyen 11 (1)(a) yang memperuntukkan bahawa agensi penguatkuasaan boleh membatalkan perlindungan pemberi maklumat sekiranya penyiasatan mendapati, individu berkenaan terbabit dalam perlakuan tidak wajar seperti didedahkan.

Perkara terakhir dikenal pasti untuk penambahbaikan itu adalah membabitkan Seksyen 26 Akta 711 yang tidak memperuntukkan kaedah dan skala pengiraan ganjaran.

Menurut Wan Junaidi, statistik dikemukakan dari tahun 2011 hingga 2021, menunjukkan terdapat 73,545 aduan diterima dan daripada jumlah itu, hanya 527 pemberi undang-undang memperoleh kemudahan di bawah peruntukan berkenaan.

“Keadaan ini menunjukkan berlaku kekurangan sama ada pelaksanaan atau membabitkan peruntukan akta terbabit sendiri.

“Situasi ini juga menunjukkan wujud kelemahan daripada sudut sistem perundangan yang perkenalkan negara mengikut garis panduan diberi pihak United Nation Covention Against Corruption (UNCAC),” katanya.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 digubal untuk memerangi rasuah dan salah laku, selain menggalakkan kemudahan pemberi maklumat dalam membuat pendedahan kelakuan tidak wajar.

Kewujudan akta itu juga bertujuan melindungi individu yang membuat pendedahan daripada tindakan memudaratkan dan memastikan maklumat berkenaan disiasat serta diurus dengan sewajarnya.

Usaha itu adalah selaras inisiatif diterajui kerajaan dengan menandatangani UNCAC pada 20 September 2008 yang menyaksikan Malaysia mempunyai komitmen untuk mengadakan undang-undang bagi memberi perlindungan kepada pemberi maklumat.

Malah, tindakan sewajarnya harus diambil supaya pendedahan terbabit disalurkan kepada pihak berkuasa sebagaimana tertera dalam Artikel 33 dan Artikel 37 UNCAC. - Getaran, 16 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

2

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar