web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Eatmarna, Tawakkalna, 2 Aplikasi Penting Tunai Umrah Untuk Jemaah Malaysia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2021 9:04PM

Keadaan Masjid Quba yang kelihatan lengang tidak seperti sebelum ini yang sentiasa dipenuhi jemaah seluruh dunia.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jemaah Malaysia yang berhasrat untuk mengerjakan umrah perlu memastikan mereka memiliki telefon pintar terkini bagi membolehkan dua aplikasi penting dimuat naik ketika berada di Arab Saudi.

Pengarah Urusan syarikat Umrah dan Haji RMS Travel & Tours Sdn Bhd, Muhammad Syazri Afiq Rosli berkata, dua aplikasi tersebut dikenali sebagai Tawakkalna dan Eatmarna.

“Dua aplikasi ni sangat penting sepanjang berada di sana. Tawakkalna fungsinya seperti MySejahtera di Malaysia, manakala Eatmarna berfungsi sebagai medium untuk menempah slot ketika mengerjakan ibadah di Madinah dan Makkah.

“Eatmarna digunakan untuk menempah slot ziarah ke Makam Rasulullah SWT dan memasuki kawasan Raudhah jika berada di Madinah,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Muhammad Syazri Afiq Rosli
Muhammad Syazri Afiq Rosli

Menurut beliau, semua jemaah perlu berhati-hati dan peka sebaik tempahan slot untuk memasuki Raudhah dibuat, kerana kebenaran masuk hanya diberikan sekali dalam tempoh 30 hari untuk setiap individu.

“Bagi solat fardhu di Masjid Nabawi pula, mereka tidak perlu untuk menempah slot di Eatmarna, memadai menunjukkan aplikasi Tawakkalna sahaja.

“Di Makkah, Eatmarna juga digunakan untuk menempah slot umrah atau solat di dalam Masjidil Haram,” katanya, yang baru pulang dari menunaikan ibadat berkenaan dan sedang menjalani perintah kuarantin.

Muhammad Syazri memberitahu, setiap jemaah hanya diberikan satu permit menunaikan umrah pada satu-satu masa, dan tempahan baharu perlu dibuat jika mereka berhasrat untuk mengulangi ibadah tersebut.

“Berbeza dengan solat, jemaah boleh membuat tempahan awal untuk kesemua waktu diingini,” katanya.

Beliau menarik perhatian, jemaah yang mengambil suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer atau AstraZeneca tidak perlu mengambil dos penggalak untuk dibenarkan masuk ke Arab Saudi.

“Keadaan ini berbeza untuk penerima (vaksin) Sinovac, kerana mereka perlu mengambil dos penggalak Pfizer atau AstraZeneca terlebih dahulu.

“Mereka juga perlu melepasi tempoh matang vaksin selama 14 hari,” katanya.

Getaran diberitahu, jemaah juga diwajibkan  mengisi borang Muqeem (https://muqeem.sa) untuk maklumat vaksin, dan mengambil ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dalam jangka masa 72 jam sebelum berlepas.

“Antara dokumen penting selain pasport yang perlu di bawa dan dicetak setibanya di lapangan terbang ialah visa, sijil vaksinasi, borang Muqeem serta keputusan negatif PCR,” ujarnya lagi.

Jelas Muhammad Syazri lagi, pada ketika ini, tiada halangan untuk mana-mana individu yang ingin menziarahi lokasi sekitar Mekah dan Madinah.

“Bagi kapasiti bas pula, sekarang sudah dibenarkan duduk di semua tempat mengikut kapasiti bas.

“Berkenaan penginapan di hotel pula, jemaah yang menggunakan visa umrah dibenarkan menginap bersama seorang rakan sebilik manakala pemegang visa pelancong dibenarkan menghuni bilik berkapasiti empat orang,” katanya.

Keadaan bas di Madinah yang sudah dibolehkan meletakkan penumpang mengikut kapasiti kenderaan.
Keadaan bas di Madinah yang sudah dibolehkan meletakkan penumpang mengikut kapasiti kenderaan.

Jemaah juga jelas beliau, perlu menghabiskan tempoh kuarantin diantara 6 hingga ke 10 hari di rumah sebaik tiba di Malaysia.

“Bagi jemaah yang ingin dikuarantin di rumah setibanya di Malaysia, perlu mengisi satu borang ‘house quarantine’ (https://hso.moh.gov.my) antara 6-10 hari sebelum ketibaan. 

“Kita perlu melakukan test PCR dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas ke Malaysia,” katanya.

Semua borang berkaitan katanya, perlu dicetak bagi memudahkan proses di lapangan terbang, khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Sekiranya ada rakyat Malaysia yang mempunyai peluang untuk mengerjakan umrah, sekarang adalah masa yang terbaik.

“Jika diberikan kesempatan masa, kelapangan dan rezeki, saya sarankan pergilah mengerjakan umrah ketika ini.

“Sekarang tidak perlu bersesak dan kita dapat menunaikan ibadah dengan tenang,” katanya.

Jemaah juga jelasnya, tidak diwajibkan untuk menggunakan pelitup separuh muka walaupun berada di tempat awam.

“Semuanya berada dalam keadaan terkawal,” katanya. - Getaran, 14 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar